BREAKING NEWS

Wednesday, 21 February 2018

Singapura Umum Bantuan Kewangan Sama Macam BR1M?



Boleh dikatakan tidak ada asas langsung untuk melabel Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu bentuk rasuah sedangkan lebih 63 negara di seluruh dunia memberikan bantuan serupa dalam bentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan.

Penolakan secara terang-terangan terhadap pemberian BR1M sebagai "rasuah politik" oleh ahli-ahli politik pembangkang tertentu adalah tidak wajar kerana bantuan berkenaan jelas membantu meringankan beban kewangan lebih tujuh juta rakyat Malaysia daripada golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan rendah(B40).
atan.

Ternyata bantuan kewangan kepada yang lebih memerlukan merupakan satu inisiatif dasar yang jelas memberi manfaat kepada semua, tetapi dipolitikkan dengan teruk sekali sehinggakan terdapat pihak pembangkang yang bercadang untuk membatalkannya.

Singapura juga menyediakan bantuan tunai bulanan kepada warga miskin di bawah skim ComCare kerajaannya. Di bawah skim itu, isi rumah tunggal menerima S$500; dua orang, S$870; tiga orang, S$1,130; dan empat orang, S$1,450.

Sejak dilaksanakan pada 2005, ComCare telah membantu seramai 1.4 juta rakyat Singapura yang tidak mampu bekerja, tidak mempunyai sumber pendapatan dan mendapat sokongan terhad atau tiada sokongan keluarga.

Dan bantuan itu teteap diteruskan dengan gaya mereka. Sebab itu jangan pandang remeh hal ini. Zaman 'semua benda nak percuma' tak perlu ada lagi dalam diri kita. Bersyukur dengan apa yang ada boleh? ASSU
 
Copyright © 2014 PenangKini.