BREAKING NEWS

Wednesday, 21 February 2018

Tiada pengumuman khas PM hari ini

Meskipun pilihan raya umum ke-14 dijadualkan berlangsung tidak lama lagi, maklumat tidak tepat mula disebarkan di media sosial kononnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan "pengumuman khas" secara langsung di televisyen.

Khabar angin itu mencetuskan spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Namun semakan  sumber mengesahkan bahawa tidak ada pengumuman seperti itu hari ini.

Seorang pegawai perdana menteri  menafikan Najib dijadualkan  membuat "pengumuman khas" hari ini.

Sementara itu, Astro Awani turut mengesahkan bahawa paparan skrin berhubung pengumuman khas dengan logonya yang disebarkan itu adalah dari paparan skrin dari visual lama pada tahun 2013.

Awal bulan ini, satu lagi mesej di media sosial yang disebarkan mendakwa bahawa parlimen akan dibubarkan pada 22 Februari ini.

 
Copyright © 2014 PenangKini.