BREAKING NEWS

Friday, 9 February 2018

Tony Pua Acah ‘Hero’, Pertahan Bos Mydin

PEMBANGKANG memang tidak boleh dipisahkan dengan sikap ‘pelupa’. Terbaru, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua cuba berlagak ‘hero’mempertahankan pengarah urusan Mydin Hypermarket, Datuk Ameer Ali Mydin berhubung dakwaan kononnya rakyat tiada wang untuk berbelanja runcit.

“Sekiranya hypermarket murah seperti Mydin menghadapi permintaan pengguna yang berkurangan, di manakah Menteri menjangkakan Rakyat Malaysia boleh membeli barang-barang harian mereka?

“Adakah beliau fikir Rakyat Malaysia akan pergi ke luar negara untuk membeli barangan runcit?,” ujar Tony Pua dipetik portal The Malay Mail Online, hari ini.

Walhal, beliau sebelum ini pernah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih mengutamakan keuntungan Mydin berbanding kualiti dan keselamatan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dijual kepada Rakyat Malaysia berpendapatan rendah.

Tony Pua pernah mendakwa bahawa Susu Segar 1Malaysia telah mengandungi bakteria E Coli yang merupakan punca kepada keracunan makanan boleh membawa kepada kematian.

Semasa Mydin mendapat kontrak dengan Kerajaan untuk melaksanakan KR1M, beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Mydin dan juga Kerajaan.

Sekarang apabila Ameer Mydin membuat kenyataan yang menentang Kerajaan, pastinya apa sahaja yang dikatakan oleh Ameer Maidin adalah benar di mata Tony Pua, semata-mata benar, 'the whole truth, nothing but the truth.'
 
Copyright © 2014 PenangKini.