BREAKING NEWS

Thursday, 8 February 2018

UMNO Parti Ultra Populis

KUALA LUMPUR: UMNO mampu bertahan selama 72 tahun dan menjadi parti paling lama berkuasa di dunia adalah disebabkan sifatnya yang ultra populis.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, parti itu disifatkan sebagai ultra populis kerana peka dengan keperluan serta memahami aspirasi rakyat, menjaga hubungan baik dengan parti komponen, melindungi semua kaum, membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, UMNO di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi lebih baik, demokratik dan Islamik.

“Sesungguhnya UMNO pada hari ini adalah parti hebat yang akan memastikan Melayu tidak hilang di dunia, malah kekal maju dan progresif.

“Semua ini boleh dicapai kerana UMNO di bawah kepemimpinan sekarang adalah parti demokrasi ultra populis yang mendapat sokongan padu majoriti orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya menerusi entri terbaharu di laman blog http://sskeruak.blogspot.my hari ini.


- UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.