BREAKING NEWS

Monday, 19 February 2018

Zaman GST (Najib) Ada #BR1M , Zaman SST (Mahathir) Ada Apa?




MASUK 4 tahun setelah GST dilancarkan, kita masih mencari-cari siapa di kalangan rakyat kita yang mati kebuluran atau hidup susah kerananya.  Permintaan itu nampak mustahil sikit pasal mati akibat kebuluran tak pernah berlaku di negara ini waima ketika Mahathir masih menjadi Perdana Menteri.

Kenapa Mahathir?  Sebab itulah waktu hidup majoriti rakyat tersusah, yang dah merasa tahulah.  Ekonomi melungkup saja dua kali, 1986 dan 1997 dengan yang terakhir tu paling teruk sekali.  Entah beruk mana kata zaman Mahathir hidup rakyat gemilang, dia sendiri pun belum tentu wujud lagi pada zaman berkenaan.

Apa pun resmi orang masa itu, hidup susah tak salah kerajaan sebab mak bapak masing-masing sebelumnya hidup susah juga. Faktor lain mungkin sebab medium nak meluah perasaan tak macam sekarang.  Dulu orang gila jumpa orang gila yang lain dalam Tanjung Rambutan saja, hari ni orang gila boleh buat group sesama mereka dalam FB, begitu.

Bercakap tentang itu mengingatkan penulis tentang cukai SST yang digantikan oleh GST, apa yang rakyat waktu itu dapat?

Hari ini (zaman GST) kurang-kurang ada jugak BR1M kepada 7 juta yang layak, zaman itu apa yang ada? Yuran sekolah kena bayar, buku teks kena beli, harga getah jatuh Mahathir buat tak peduli, lesen TV, cukai bayar tapi tak tahu dapat ke kerajaan ke tidak dan sebagainya.

Pakai motor cabuk kena bayar cukai jalan sehinga RM 120 (hari ni RM 2 sahaja).  Beli Proton pun kena cukai 10% (banding hari ini 6%).

Subsidi minyak ke?  Mana ada subsidi minyak sebab harga minyak turun naik hari-hari tapi harga minyak waktu itu kekal tak berubah (turun tak pernah) sehingga 8-9 tahun pun adalamanya. Boleh dikatakan zaman itu, rakyat bagi subsidi minyak kepada kerajaan lagi, macam mana kata hidup senang?

Minyak bersubsidi yang sebenarnya hanya wujud dari zaman Paklah memerintah sebab waktu itulah kerajaan mengeluarkan berbilion untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan harga terpaksa dinaikkan beberapa kali sehinggalah rasionalisasi subsidi diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2014 bila hasil minyak negara merosot akibat harga yang menjunam.

Pendek kata, walaupun kononnya SST ini tidak ‘membebankan’ rakyat seperti GST, tapi darinya banyak jugak yang rakyat dapat. Bayar SST zaman Mahathir dulu, rakyat dapat apa?

Oh ya, dah derma kat Mahathir dah?

SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.