BREAKING NEWS

Friday, 30 March 2018

Ubat busuk ladang babi

Pulau Pinang: Sengaja menyembunyikan kegiatan menghasilkan ubat-ubatan haram, tiruan dan berbahaya bersebelahan dengan lokasi kandang babi.
Bau busuk yang menusuk dihasilkan hampir 1,000 ekor babi diternak di kandang itu menyebabkan kawasan kilang berhampiran Kampung Selamat di Tasek Gelugor di sini, kurang disenangi penduduk sekaligus memastikan operasi sindiket itu tidak diganggu pihak berkuasa.
Bagaimanapun taktik itu dibongkar apabila sepasukan 80 pegawai Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Cawangan Penguatkuasa Farmasi ( CPF) Pulau PInang diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan Operasi BPF KKM, Adnan Salimin menyerbu kilang itu kira-kira jam 2 petang semalam. Serbuan turut dibantu pihak polis.
Difahamkan kegiatan sindiket yang menghasilkan ubat-ubatan haram dan tidak berdaftar di lokasi itu dikesan susulan risikan berterusan dilakukan pihak BPF sejak lebih setahun lalu.

ALAT dan mesin yang dirampas penguat kuasa dalam serbuan.
Jurucakap BPF berkata, kilang haram itu terletak kurang lima meter dari kandang babi dan dua kolam kumbahan najis haiwan itu yang menjadi punca bau busuk luar biasa menyelubungi kawasan berkenaan.
Menurutnya, hasil serbuan dilakukan, pihak BPF menemui mesin dan beratus kotak besar berisi ubat-ubatan haram disembunyikan di dalam kilang yang ditutup dengan kepingan zink itu.
"Siasatan mendapati kebanyakan ubat-ubatan haram dihasilkan itu adalah untuk pasaran tempatan selain dieksport ke Kemboja dan Vietnam.
"Rampasan membabitkan produk ubat-ubatan dicampur dengan kimia corticosteroid - dexamethasone secara haram khusus untuk menghilangkan sakit sendi, lenguh badan dan lutut.
"Malah hasil serbuan ini turut membongkar asal usul produk Air Ikan Haruan' dan Air Haruan Ajaib’ yang diharamkan KKM sejak sekian lama. Produk yang dicampurkan kimia steroid itu dikesan dihasilkan di kilang sama sebelum diedarkan ke seluruh negara.
"Kilang itu turut dikesan menyimpan ratusan ribu ubat papan mengandungi kimia steroid antaranya jenama Makjun Istimewa, Makjun Ajaib dan pelbagai pil menghilangkan sakit sendi.
"Malah siasatan turut menemui ubat sakit gigi palsu yang dihasilkan melalui kaedah penipuan terancang. Sindiket dikesan akan menghancurkan pil paracetamol sebelum diisi di dalam kapsul dan dijual sebagai ubat sakit gigi dengan jenama Cap Gaham.
"Selain itu turut dirampas pelbagai pil antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat selsema tidak berdaftar. Semua ubat-ubatan haram itu dikesan diedarkan ke seluruh negara terutama ke kedai runcit, premis menjual ubat-ubatan tradisional dan toko jamu," katanya.
Difahamkan sepanjang operasi dilakukan, pegawai KKM terpaksa menggunakan topeng muka sepanjang masa berikutan bau busuk dari ladang dan kolam kumbahan babi bersebelahan.
“Hasil operasi yang turut disasarkan terhadap lima gudang dan tiga kedai ubat tradisional di negeri ini, pihak BPF berjaya merampas 253 jenis produk tidak berdaftar mengandungi racun berjadual dianggarkan bernilai lebih RM9 juta,” katanya.
Menurutnya, pengilang dan penjual produk haram ini boleh didakwa mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 kerana memiliki racun untuk tujuan jualan tanpa lesen sah dan Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952.
“Jika sabit kesalahan katanya, boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Kejayaan operasi ini sekaligus diyakini dapat mematahkan kegiatan membekalkan ubat-ubatan haram dan berbahaya di pasaran tempatan yang dijalankan sejak sekian lama,” katanya.

-Sumber : Harian Metro

Najib Terbukti Utamakan Rakyat


Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, slogan yang begitu bermakna di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi slogan tersebut, negara merasakan satu transformasi kepimpinan berlaku dan perkhidmatan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertambah baik dan rakyat mendapat manfaat.

Penekanan Najib terhadap pembangunan luar bandar mendapat impak positif di mana rakyat luar bandar memperolehi pembangunan sewajarnya tahun demi tahun.

Jurang ekonomi bandar dan luar bandar semakin rapat. Antara tahun 2010 sehingga 2016, Najib berjaya membawa pembangunan yang cukup memberangsangkan.

Sejumlah 94,602 rumah penduduk luar bandar seluruh Malaysia telah bina dan dibaikpulih manakala 350,094 rumah di luar bandar telah menerima bekalan air bersih.

Sejumlah 153,821 rumah lagi telah menerima bekalan elektrik selain akses jalan raya sepanjang 4,782 kilometer sudah pun disiapkan.

Ini membuktikan dasar transformasi negara di bawah kepimpinan Najib begitu menitik beratkan pembangunan berteraskan rakyat.

Terbukti dasar kerajaan BN tidak akan meminggirkan setiap rakyat yang berhak untuk menikmati pembangunan yang menyeluruh.-Sarawakiana

Ceramah dipenuhi tuduhan liar, pembohongan

Seperti biasa, ceramah politik oleh kepemimpinan kanan Pakatan Harapan diketuai DAP di Guar Chempedak dekat sini malam tadi, dipenuhi dengan pelbagai pembohongan dan cerita-cerita rekaan bagi meraih simpati rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah Pengerusi pakatan tersebut yang sepatutnya sudah cukup matang dalam berpolitik, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat tuduhan yang tidak masuk akal seolah-olah cuba menanam rasa tidak percaya rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendakwa peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“Sekarang ini ada undi pos dan ini adalah peluang sekali lagi hendak tipu. Peti undi itu akan disorok dengan undi palsu supaya Najib menang.

“Sebab itu kita nak pengundi keluar mengundi beramai-ramai supaya apabila kami menang dengan banyak, dia tak boleh sumbat undi palsu,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba menipu hadirin dengan mendakwa kerajaan Pusat sebagai melakukan pembohongan menerusi pemberian insentif sebanyak RM200 melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

“Kerajaan Pusat tiru kerajaan Pulau Pinang apabila beri bayi lahir sebanyak RM200. Bezanya kerajaan pemberian yang kerajaan Pusat beri itu hanya boleh diambil ketika bayi berkenaan berusia 21 tahun sedangkan kerajaan Pulau Pinang beri secara serta-merta.

“Kalau kena tunggu 21 tahun baru boleh ambil RM200, tak payahlah. Biar kami jadi kerajaan, RM200 itu kami bayar sekarang juga,” katanya.

Apa yang diperkatakan Guan Eng itu jelas satu pembohongan kerana unit insentif dan agihan pendapatan ADAM50 boleh dikeluarkan ketika bayi tersebut mencapai usia 18 tahun dan bukannya 21 tahun.

Berbanding pemberian wang tunai yang akan habis pada bila-bila masa, pemberian unit amanah percuma menerusi ADAM50 sudah tentu lebih menarik kerana wang itu akan bertambah berdasarkan andaian kadar agihan pendapatan enam peratus setahun. - UTUSAN

Rakyat harus sokong RUU Antiberita Tidak Benar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri, berkata orang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat, menghina dan merosakkan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Himpunan Sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) & Trust@Teras Johor di pekarangan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmad malam tadi.



Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, meminta pengundi kawasan Parlimen Pulai supaya tidak mendengar dakyah pembangkang dan terus memberikan sokongan kepada BN dan Nur Jazlan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau turut meminta pengundi di kawasan itu menaikkan semula majoriti kemenangan kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas serta merampas kerusi DUN Perling.

Pada PRU13, Nur Jazlan mengalahkan calon PAS, Salahuddin Ayub dengan majoriti 3, 226 undi.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan lebih RM5.5 juta kepada Parlimen Pulai bagi melaksanakan beberapa projek rakyat antaranya membina baharu masjid Taman Kempas (RM2.5 juta), membina bumbung di antara kedai Jalan Tan Hiok Nee dan Jalan Pahang bagi Pusat Kebudayaan Persekutuan Tiong Hua Johor (RM3 juta).

Juga, untuk menggantikan baru krematorium milik Kuil Arulmigu Rajamariaman di tanah perkuburan India, Jalan Kebun Teh (RM600,000).

Selain itu, RM2.4 juta diberikan bagi Program Sentuhan Rakyat yang meliputi dana bantuan bencana, dana pesakit kronik dan program barangan dapur serta RM500,000 lagi bagi melaksanakan program Kepolisan Komuniti di kawasan perumahan.

Penduduk bantah bau busuk dari Ladang Babi di Jawi



Thursday, 29 March 2018

PNB umum agihan pendapatan tiga dana ASNB

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi tiga dana amanah untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit.


"Amanah Saham Malaysia (ASM) mencatatkan agihan pendapatan 6.25 sen seunit.

"Manakala dana Amanah Saham Gemilang (Pendidikan) pula merekodkan agihan pendapatan 4.80 sen seunit, Amanah Saham Gemilang (Kesihatan) 5.20 sen seunit dan Amanah Saham Gemilang (Persaraan) 5.15 sen seunit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan Laporan Tahunan 2017 PNB dan majlis pengumuman tiga dana ASNB di sini hari ini. - K! ONLINE

Lim Kit Siang perlu pujuk Guan Eng jelas skandal terowong dasar laut


Wednesday, 28 March 2018

Dewan Rakyat lulus usul persempadanan semula


Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan dengan undi majoriti hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengadakan undian secara blok bagi menentukan nasib usul yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi.

Selepas undian dijalankan usul yang menyaksikan perubahan nama kawasan parimen dan dewan undangan negeri serta perpindahan pengundi yang ketara itu disokong 129 anggota Dewan Rakyat, manakala 80 menolak.Keputusan itu mengakhiri sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.

Gesa siasatan INVOKE Malaysia ceroboh data peribadi 17 juta rakyat




Pemuda UMNO hari ini membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pusat kaji selidik propembangkang, Invoke Malaysia yang didakwa telah menceroboh lebih 17 juta data peribadi rakyat negara ini.

Aduan itu dibuat oleh Exco Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia secara berasingan di sini.

Menurut Ibdillah, pihaknya berbuat demikian supaya satu siasatan dapat dijalankan segera terhadap pusat kaji selidik itu ekoran wujudnya elemen meragukan berkenaan kaedah digunakan dalam menghasilkan laporan pola pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, Invoke Malaysia yang diterajui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli itu dipersoal sama ada mereka mendapatkan data peribadi secara sah atau mencuri kerana mereka dikatakan berjaya menghubungi lebih 17 juta rakyat Malaysia.

“Setelah diteliti, pusat kajian ini telah menggunakan data haram kerana diperoleh secara tidak sah dan tidak mendapat kebenaran.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO gesa Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menyiasat dakwaan pencerobohan ini dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

































Pinda nama 12 kawasan Parlimen, 28 DUN

KUALA LUMPUR 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama ke atas 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pindaan nama itu melibatkan lima kawasan Parlimen di Selangor diikuti Johor (2), Perak (2) serta masing-masing satu kawasan Parlimen di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.


Menurut beliau, bagi kawasan DUN pula, ia membabitkan sembilan kawasan di Selangor diikuti Johor (8), Melaka (3), Perak (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Kedah (1), dan Terengganu (1).    

“Dalam hal ini, SPR mengesyorkan bahawa tiada perubahan ke atas bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. – UTUSAN ONLINE

KEDAH
P009 – Alor Setar (Alor Star)
PERAK
P075 – Bagan Datuk (Bagan Datok)
P076 – Teluk Intan (Telok Intan)

SELANGOR
P102 – Bangi (Serdang)
P104 – Subang (Kelana Jaya)
P105 – Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan)
P106 – Damansara (Petaling Jaya Utara)
P107 – Sungai Buloh (Subang)

NEGRI SEMBILAN
P132 – Port Dickson (Telok Kemang)

MELAKA
P137 – Hang Tuah Jaya (Bukit Katil)

JOHOR
P162 – Iskandar Puteri (Gelang Patah)
P167 – Tanjung Piai (Tanjong Piai)

State Assembly seats (the current name of the seat in brackets):

KEDAH
N.12 Suka Menanti (Bakar Bata)

KELANTAN
N.16 Apam Putra (Bukit Tuku)
N.21 Pantai Irama (Perupok)

TERENGGANU
N.10 Buluh Gading (Teluk Pasu)

PERAK
N.13 Kuala Sepetang (Kuala Sapetang)
N.38 Astaka (Sitiawan)

SELANGOR
N.16 Sungai Tua (Batu Caves)
N.21. Pandan Indah (Chempaka)
N.26 Sungai Ramal (Bangi)
N.36 Bandar Utama (Damansara Utama)
N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang)
N.48 Sentosa (Kota Alam Shah)
N.49 Sungai Kandis (Seri Andalas)
N.50 Kota Kemuning (Sri Muda)
N.52 Banting (Teluk Datuk)

NEGRI SEMBILAN
N.24 Seremban Jaya (Senawang)
N.33 Sri Tanjung (Port Dickson)

MELAKA
N.08 Machap Jaya (Machap)
N.15 Pengkalan Batu (Bachang)
N.17 Bukit Katil (Bukit Baru)

JOHOR
N.07 Bukit Kepong (Bukit Serampang)
N.08 Bukit Pasir (Jorak)
N.13 Simpang Jeram (Sungai Abong)
N.39 Tanjung Surat (Tanjong Surat)
N.44 Larkin (Tanjong Puteri)
N.46 Perling (Pengkalan Rinting)
N.49 Kota Iskandar (Nusa Jaya)
N.55 Pekan Nanas (Pekan Nenas)



#Parlimen PM Bentang Persempadan Semula



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul persempadan negeri bagi bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri.

Menurutnya kajian semula persempadan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merangkumi Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mempunyai keluasan kira-kira 132,000 kilometer persegi.

Tambahnya, kali terakhir persempadan semula adalah pada tahun 2003, telah digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11); PRU-12 dan PRU-13 pada tahun 2013.

“Kajian semula persempadan pada kali ini dilaksana dengan mengguna pakai daftar pemilih yang diwarta pada 13 Mei 2016 di mana jumlah pemilih berdaftar seramai 11,379,352 orang.

“Jika dibandingkan dengan persempadan terakhir pada 2003 yang mengguna pakai daftar pemilih 27 Disember 2001 bermakna terdapat peningkatan sebanyak 36 peratus atau kira-kira 3 juta orang.

“Notis persempadanan telah disiarkan dalam akhbar tempatan yang mana mengandungi maklumat mengenai pewujudan bagagian-bahagian pilihan raya persekutuan yang baru, pindaan nama bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri yang sedia,” katanya.

Selain itu katanya, notis itu turut menyatakan bilangan pemilih bagi setiap bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri dan senarai tempat pameran syor kajian semula persempadan bagi setiap negeri.

Najib berkata, sepanjang pameran berlangsung SPR telah menerima sebanyak 1,685 representasi dan 600 daripadanya telah diadakan siasatan, selain itu SPR turut menerima sebanyak 546 representasi yang menyatakan ke atas syor SPR.

“Saya ingin tegas bahawa pembahagian bilangan pemilih berdafta yang sama rata bagi setiap bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri adalah sukar untuk dilaksanaka kerana terdapatnya kawasan luar bandar yang topografinya sert demografinya berbeza antara satu sama lain.

“Persempadan ini dapat memberikan kelebihan kepada wakil rakyat untuk meningkatkan kecepakan perkhidmatan selagi gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar bahawa syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak.

“Saya difahamkan bahawa syor yang dicadangkan oleh SPR tidak dipersetujui oleh beberapa pihak termasuk daripada pihak kerajaan dan kerajaan tidak mengganggu mahupun mempengaruhi SPR dalam melaksanakan tugas mereka malah menghormati tugas yang dibuat oleh SPR,” katanya.

World Bank pelik mansuh GST

Persoalan bagaimana Pakatan Harapan diketuai DAP dapat menampung kehila­ngan hasil lebih RM40 bilion akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan sahaja menimbulkan ‘misteri’ dalam ka­langan penganalisis tempatan bahkan turut menjadi tanda tanya pengurusan kanan Bank Dunia.

Malah Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal berkata, Malaysia juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan ke­rana kehilangan hasil yang banyak.

Sehubungan itu, dalam video itu, beliau mengajukan lima soalan utama andai mahu memansuhkan GST seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan.
1. Apakah sumber pendapatan lain yang diperlukan untuk ne­gara anda selepas GST dimansuhkan?
2. Adakah anda i­ngin bergantung ke­pa­da komoditi se­dang­kan harga­nya tidak menentu mengikut pasaran dunia?
3. Adakah anda ingin mengurangkan portfolio sumber pendapatan di negara ini?
4. Apakah yang anda ingin berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST?
5. Apakah perkhidmatan, manfaat atau apakah perbelanjaan yang akan anda lupuskan?
Janji Pakatan Harapan menghapuskan GST dan me­ngembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dianggap ra­mai sebagai janji po­pulis kerana tidak pernah menerangkan ba­gai­mana untuk menampung kekurang­an ha­sil lebih RM40 bilion akibat langkah tersebut.

Ini berikutan SST bukanlah mekanis­me cukai yang cekap dan dijangka hanya mampu mengutip kira-kira RM17 bi­lion.
Dalam pada itu, menurut Hadad-Zer­vos, pelaksanaan GST berjaya membantu kerajaan memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat me­ngurangkan pe­ningkatan kos sara hidup.
Sedangkan, pelaksanaan GST antara yang terendah di dunia di samping banyak memberikan pengecualian atau kadar sifar untuk barangan mentah, keperluan dan perkhidmatan penting seperti pendidikan.
Walau bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M perlu ditambah baik dan lebih berfokus dengan mengikut lokasi serta bilangan ahli keluarga.
“Keluarga di Kelantan yang menerima BR1M memperoleh bayaran yang sama dengan keluarga di Kuala Lumpur. Selain itu, keluarga yang terdiri daripada lima orang anak juga turut menerima jumlah yang sama keluarga yang mempunyai seorang anak .
“Jadi ia sebenarnya perlu lebih diperincikan dan dibuat dengan teliti mengikut sasaran. Dengan GST juga mereka akan memperoleh wang untuk terus berbelanja (menerusi BR1M) walaupun di Malaysia kadarnya antara terendah,” katanya seperti disiarkan di https://www.nx.digital/archives/world-bank-gst-abolition-to-bring-negative-impact-on-msia-economy-

Bank Rakyat umum dividen 16 peratus bagi 2017

Tuesday, 27 March 2018

YB DAP Tak Pernah Tak Kurang Ajar!



Dah banyak kali kes ahli parlimen Pakatan, terutama DAP sengaja langgar peraturan Parlimen dan menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat. Tahun 2015 dahulu, Lim Kit Siang digantung kehadiran ke Parlimen kerana pertikai kredibiliti Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam isu 1MDB. Isu yang sama juga, pada tahun 2016, MP Segambut, Lim Lip Eng pun tunjuk ‘belang’ minta Pandikar letak jawatan!

Kali ni, tiga lagi MP DAP yang tunjuk kurang ajar digantung dari hadir ke sesi Parlimen kerana persoal tugas Pandikar di parlimen dan menuduhnya yang bukan-bukan. Pandikar dah beri tempoh 10 hari untuk Ngeh Khoo Ham, V. Sivakumar dan Nga Kor Ming minta maaf, tapi mereka tetap berdegil.

Inikah pemimpin rakyat yang Pakatan sentiasa banggakan? Yang hilang sifat murni dan tata susila malah tak langsung menghormati Speaker dan institusi Parlimen itu sendiri. Lingkup negara kalau mereka jadi kerajaan!

SUMBER

#SkandalBangloLGE Pinjaman beli banglo Phang diluluskan pada 2008

GEORGE TOWN: Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi permohonan pinjaman bagi pembelian banglo oleh ahli perniagaan Phang Li Koon pada 2008 diluluskan sebanyak RM2.125 juta, sebelum dijual kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, 7 tahun kemudian pada harga RM2.8 juta.

Choong Sung Yean, ketika itu pengurus cawangan Public Bank di Lebuh Bishop, berkata demikian semasa menjawab soalan peguam Datuk V Sithambaram, yang mewakili Phang, mengenai jumlah pinjaman yang diluluskan oleh bank itu terhadap anak guamnya.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam itu, Choong, 60, yang merupakan saksi pendakwaan ke-10, berkata Phang membayar ansuran bulanan sebanyak RM11,872 ke atas rumah itu termasuk bayaran pokok dan faedah.

Seorang lagi saksi, Yeoh Yit Pheng, yang ketika itu pengurus perniagaan di cawangan bank berkenaan, mengesahkan surat bertajuk “Application for Credit Facilities” (Permohonan Pemberian Kemudahan Kredit) bertarikh 5 September 2008 adalah daripada bank itu kepada Phang.

“Saya sahkan surat tawaran ini adalah untuk memaklumkan Phang bahawa permohonan pinjaman diluluskan oleh Public Bank. Turut disertakan sekali dengan surat ini adalah “Letter of Offer’ (Surat Tawaran) yang perlu diterima dan ditandatangani oleh pemohon dalam masa 7 hari,” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada perbicaraan kes rasuah Lim dan Phang.

Saksi ke-9 pendakwaan itu berkata pendaftaran semasa rumah itu adalah di bawah nama Ming Holdings (M) Sdn Bhd dan kemudian hak milik hartanah itu dipindah milik ke atas nama Phang.

Yeoh, 47, berkata beliau menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat pengesahan dokumen berkaitan akaun permohonan pinjaman pembelian atas nama Phang.

Saksi pendakwaan ke-11, Ch’ng Joo Keat, yang merupakan pengurus perkhidmatan perbankan, di cawangan sama, mengesahkan Phang membuat permohonan pinjaman itu.

Seorang lagi saksi ialah Nor Ain Abdul Rahman, penolong pendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Hari ini pendakwaan memanggil 11 saksi dan perbicaraan akan bersambung esok dengan pihak pendakwaan akan memanggil 14 saksi.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu ketua menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town pada 18 Julai, 2014

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan ke-2, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu ketua menteri Pulau Pinang mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town pada 21 Oktober 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Monday, 26 March 2018

Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto Raih Populariti Semata Mata



Sekali lagi Mahathir buat “u turn” tentang manifesto yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Dalam satu temubual dengan akhbar Singapura, Sunday Times, Mahathir menyatakan bahawa sukar bagi Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol.

"Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang lain. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu memansuhkan semua jalan tol, mereka mahu memberikan percuma.

"Saya katakan, kita perlu mengekalkan jalan bertol. Anda perlu membina lebih banyak jalan kalau hapus tol. Di manakah kerajaan hendak cari wang untuk mengawal selia jalan ini dengan sendiri? Tetapi mereka mahu populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini, " kata Mahathir kepada akhbar Sunday Times, Singapura semalam.

Maknanya janji hapuskan tol hanya janji untuk raih populariti semata mata sahaja. Tidak berniat pun hendak buat apa yang dijanjikan. Mahathir dalam sejarahnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan kutipan di satu tol iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Pada 8 Mac lepas, baru sahaja lancar manifesto di Shah Alam janji hendak mansuhkan tol dan sebagainya. Kemudian, tidak sampai sebulan sudah tukar pula kenyataan kata susah pula hendak mansuhkan tol.

Ini bukan kali pertama Mahathir berkata janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang tidak akan dipenuhi mereka jika mereka dapat Putrajaya. Pada 20 Februari 2018, Mahathir ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor menyatakan ;

"Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan. Kita berpendapat, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan.

"Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi," kata Mahathir.

Mahathir pun akui duit tidak cukup untuk tunaikan semua janji yang pembangkang buat. Ini selari dengan apa yang sudah diulas sebelum ini bahawa negara ini akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika mengikut semua janji yang dibuat pembangkang.

Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.

Apa yang diperkatakan ini akhirnya Mahathir akui sendiri dalam temubual dengan akhbar Singapura itu. Kerajaan tidak ada duit untuk kawal selia lebuhraya kalau mansuhkan tol.

Pada 10 Januari 2018, Mahathir sendiri sudah akui bahawa kadar tol di Malaysia adalah yang paling murah di dunia dalam satu sesi bual bicara di facebooknya.

“Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah. Ketika saya di negara Jepun, saya dapati bahawa satu jambatan (mengenakan) bayaran sebanyak RM270 sehala” kata Mahathir.

Sudah terbukti sekarang, Mahathir pun sudah mengakui bahawa semua manifesto dan janji janji yang dibuat oleh pembangkang itu hanyalah bersifat populis sahaja. Tidak akan ditunaikan pun oleh mereka.

Jadi, tiada apa yang akan berubah kalau negara ini diperintah oleh pembangkang dalam masa 100 hari, 2 tahun atau 10 tahun. Malah akan jadi lebih teruk kerana negara kekurangan hasil. Boleh jadi bankrup dan negara gagal seperti yang disebut sebut Mahathir dan Kit Siang.

Samalah juga apa yang pembangkang janji dahulu di Pulau Pinang dan Selangor, selepas 10 tahun, apa yang dijanji tidak dibuat pun.

Hari ini, Selangor dengan skandal rasuah tanah Ijok, krisis air dan pelbagai isu isu rakyat. Pulau Pinang pula diselubungi skandal rasuah Guan Eng, banjir yang lebih seratus kali dan tanah runtuh. Apa lagi harapan yang ada pada DAP dan PKR?

Tiada apa apa harapan pun yang akan dibawa kerana yang dijanji itu semuanya tipu belaka. Bakal Perdana Menteri dia pun sudah mengaku tidak mahu hapus tol dan janji itu bersifat populis sahaja.

Jadi hendak harap apa lagi pada Pakatan Harapan? Jangan percayalah dengan pakatan yang tidak boleh diharap ini.


Tulisan :
Beruang Biru
BB837, Isnin
26 Mac 2018

#SkandalBangloLGE Antara Fakta Penting Tentang Perbicaraan Kes Rasuah Banglo Guan Eng



1. Kes ini menyerupai kes Khir Toyo jadi tiada ruang untuk DAP mempersoalkannya.

2. Guan Eng didakwa pada 1 Julai 2016 – lebih kurang 20 bulan yang lalu atas tuduhan pembelian banglo pada kos RM 276/kaki persegi daripada seorang yang dituduh mempunyai kaitan dengan urusan hartanah kerajaan negeri. RM 275  untuk setiap kaki persegi adalah terlalu murah jika dibandingkan dengan harga rumah mampu milik Kerajaan Negeri yang mencecah hampir RM 400/kaki persegi.

3. Kes tersebut hanya akan dibicarakan secara rasmi mulai esok (26 Mac 2016) kerana Guan Eng terus mencabar tindakan SPRM  sebagai tidak mengikut perlembagaan  yang menyebabkan penangguhan bagi sesi pendengaran kes terbabit.

4. Tindakan terbabit diteruskan -  sehingga ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan. Akhirnya, Guan Eng tewas dan mahkamah membuat keputusan bahawa tindakan SPRM terbabit  sah mengikut perlembagaan.
Maka, individu yang harus dipertanggungjawabkan bagi kesalahan melewatkan tarikh perbicaraan hanyalah Guan Eng sendiri.

5. Guan Eng seharusnya gembira kerana perbicaraan kes terbabit sudah bermula. Dalam ceramahnya terdahulu, beliau menyatakan bahawa beliau ingin membersihkan namanya di mahkamah, dan juga mendakwa bahawa akhirnya beliau dapat mendedahkan cerita di pihaknya.

6. Sesi pendengaran dijangka mengambil masa 23 hari, sehingga hujung Mei. Ini bermakna bahawa tidak semestinya jika Guan Eng tewas pada perbicaraan tersebut, beliau bakal menjalani hukuman sebelum PRU-14- secara ringkasnya, beliau masih boleh bertanding.

7.Dan jika sekiranya beliau tewas selepas PRU-14, beliau tidak akan terus dipenjarakan atau meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana beliau masih boleh membuat rayuan bagi kes tersebut sebanyak dua kali. Sebagai contoh, kes Anwar mengambil masa 7 tahun sebelum beliau dipenjarakan.

8. Guan Eng telah mencipta sejarah dan akan terus dikenang dalam sejarah sebagai Ketua Menteri atau EXCO pertama di Malaysia yang enggan meletakkan jawatan walaupun telah didakwa terlibat dalam kes rasuah.

9. Guan Eng juga merupakan Setiausaha Agung DAP yang pertama didakwa dengan tuduhan rasuah.

10. Benar. Banglo miliknya tidak mempunyai kolam renang, tetapi masih besar dengan keluasan hampir 10,500 kaki persegi di kawasan tanah ekslusif dalam pulau berkenaan.

Sumber 

Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib

Syarat jadi pengundi Pulau Pinang untuk beli rumah pelik - PM Najib
DATUK Seri Najib Tun Razak menjelaskan kerajaan tidak bercadang untuk menambah syarat tambahan seperti dilakukan kerajaan negeri Selangor yang hanya akan menyebabkan kenaikan harga rumah mampu milik. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan syarat menjadi pengundi di Pulau Pinang sebelum dapat membeli rumah di negeri di bawah pentadbiran pembangkang sebagai suatu yang pelik.

Jelasnya, perkara itu adalah antara syarat tambahan yang dikenakan negeri di bawah pakatan pembangkang yang luar dari kebiasaan.

"Di Pulau Pinang ada syarat yang pelik sikit iaitu mesti jadi pengundi di Pulau Pinang kalau nak beli rumah. Ini pun syarat yang agak luar biasa yang dikenakan oleh kerajaan Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melawat Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional anjuran Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tambahnya, sehingga kini projek perumahan mampu milik turut diperluaskan di negeri pakatan pembangkang terutama di Selangor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun katanya, syarat tambahan yang dikenakan kerajaan negeri terutama di Selangor telah menyebabkan peningkatan harga unit rumah PR1MA di negeri terbabit.

"Jadi bila ada syarat tambahan dikenakan negeri Selangor, maka kos jual PR1MA terpaksa ditambah. Apabila ada syarat tambahan, maknanya ada kos tambahan. Ini juga dialami oleh semua pemaju di negeri Selangor.

"Selain di Pulau Pinang, ada pelbagai projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan yang antaranya di Permatang Pauh, sudah pasti terlaksana 10 peratus. Sebanyak 1,017 unit, Batu Feringgi 1,248 unit, Bukit Gelugor 2,387 unit," katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan tidak bercadang untuk menambah syarat tambahan seperti dilakukan Kerajaan Negeri Selangor yang hanya akan menyebabkan kenaikan harga rumah mampu milik.

"Jika kita diberi kepercayaan untuk pimpin Selangor, kita akan kaji semula syarat tambahan yang dikenakan kerajaan negeri. Bukan sahaja PR1MA, tetapi juga untuk pemaju-pemaju rumah. Semua telah menyuarakan rasa tidak puashati terhadap syarat-syarat tambahan yang dikenakan kerajaan negeri Selangor yang telah menambahkan kos," ujarnya.

Apa yang penting katanya, adalah kenaikan harga rumah mampu milik hanya akan membebankan rakyat.

Denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sebar berita palsu

Denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sebar berita palsu
AZALINA: Individu yang didapati bersalah menyebar atau menerbit apa-apa berita, maklumat, data atau laporan palsu boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Individu yang didapati bersalah yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Ia merupakan sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Manakala pihak yang memiliki berita tidak benar namun tidak menghapuskannya, boleh didenda sehingga RM100,000.
Malah, jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu.

RUU itu bukan saja terpakai kepada rakyat Malaysia, malah warga asing jika berita tidak benar yang disebarkan itu adalah mengenai Malaysia atau menyentuh rakyat negara ini.

Fasal 2 RUU itu pula mentakrifkan berita tidak benar sebagai berita, maklumat, data dan laporan palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau bentuk lain.

Menerusi RUU itu juga, mahkamah boleh memerintahkan individu yang disabitkan kesalahan tersebut untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terkesan akibat berita palsu tersebut mengikut cara yang ditentukan mahkamah.

Selain itu, individu yang bersubahat termasuk menyalurkan dana kewangan dan memudahkan penyebaran berita tidak benar tersebut turut boleh dikenakan hukuman sama seperti pesalah.

RUU itu turut merangkumi kesalahan sama yang dilakukan pertubuhan perbadanan, dengan pihak seperti pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengurus atau seumpamanya, boleh dihadapkan ke mahkamah.

Malaysia perlu politik matang - Salleh Keruak

Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), rakyat diminta tidak lagi mengamalkan politik adu domba dan fitnah sebaliknya beralih kepada politik matang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberi ruang kepada rakyatnya untuk menyertai politik.

“Mencapai tahap politik matang adalah tanggungjawab bersama. Hargailah kestabilan politik yang kita nikmati selama ini kerana kestabilan dan keamanan ini terlalu mahal harganya,” katanya menerusi catatan dalam laman blognya hari ini.



Menurut Salleh, masyarakat tidak lagi memerlukan politik adu domba, fitnah, pembunuhan karakter, dan juga penyebaran berita palsu kerana amalan buruk ini boleh merosakkan akal budi sebagai rakyat Malaysia yang berakhlak dan beradab.

“Kita boleh berbeza pendapat politik dan berada dalam parti berlainan, tetapi janganlah sampai ke tahap kita menyebar berita palsu tentang negara.

“Misalnya, menyebarkan berita tidak tepat tentang ekonomi negara, rasuah dan juga kadar jenayah tanpa menggunakan data betul,” katanya.

Salleh berkata kerajaan sudah mengeluarkan data rasmi, maka jangan mengambil contoh terpencil untuk menafikan kejayaan negara hanya kerana perbezaan pandangan politik.

“Inilah yang dimaksudkan kita meraikan perbezaan politik dan pendapat, tetapi janganlah sampai ke tahap mengabaikan kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited menyekat amalan politik kotor dan fitnah yang boleh memudaratkan negara.

#SkandalBangloLGE Guan Eng Dapat Banglo Murah, Phang Li Koon Dapat Tukar Status Tanah



Hari ini Guan Eng akan dibicarakan di mahkamah kerana dua kes rasuah. Baru hari ini Guan Eng hendak tagih simpati tentang nasib keluarganya, masa buat rasuah tidak pula ingat keluarga.

Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Kes rasuah ini boleh dipercepatkan pada 27 Mac 2017 lagi, namun Guan Eng putar belit dan tangguh tangguhkan kesnya.

20 Mac tahun lepas, Guan Eng cabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah hingga sebabkan kes tertangguh.

7 Mac 2017, Mahkamah menolak petisyen yang difailkan Guan Eng dan Li Koon untuk mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta SPRM itu. Akhirnya kes rasuah itu tetap berjalan juga seperti biasa.

Jika Guan Eng betul-betul berani, beliau takkan cuba untuk mengelak atau melambat-lambatkan perbicaraan sebaliknya akan berdepan dengan yakin jika benar-benar beliau tidak bersalah.

Hari ini rakyat Pulau Pinang akan makan “pop corn” melihat kes rasuah Guan Eng selama 23 hari melibatkan 40 saksi. Guan Eng tidak boleh putar belit lagi. Tidak boleh ajak minum kopi lagi. Kena jawab dengan fakta dalam mahkamah bukan dengan auta lagi.

Guan Eng menghadapi dua tuduhan rasuah iaitu :

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM6.5 juta.

Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dua kes rasuah ini bukannya konspirasi terhadap Guan Eng. Beli rumah di bawah nilai pasaran dari Phang Li Koon, kemudian tukar status tanah dan serah kepada syarikat yang dimiliki oleh Phang Li Koon.

Guan Eng dapat rumah harga murah, Phang Li Koon dapat tanah dengan harga murah. Phang Li Koon beli rumah banglo dengan harga RM2.5 juta, jual kepada Guan Eng hanya RM2.8 juta. Sedangkan harga pasaran adalah RM6.5 juta.

Guan Eng luluskan tanah sebagai hadiah dapat rumah banglo murah kepada syarikat Phang Li Koon?

Kes rasuah tanah Magnificient Emblem itu melibatkan projek pembangunan perumahan di Balik Pulau. Guan Eng yang mengetuai Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang meluluskan pertukaran tanah tersebut pada 23 Jun 2014.

Selepas 3 minggu tandatangan kelulusan pertukaran tanah yang dinilai dibawah harga pasaran, Guan Eng pengerusikan pula mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri di tingkat 28 di Komtar, George Town pada 18 Julai 2014.

Dalam mesyuarat tersebut, Guan Eng meluluskan penukaran tanah untuk dua lot tanah milik Magnificent Emblem Sdn Bhd, yang 30% dimiliki oleh Phang dan 70% dimiliki oleh pemilik KLIDC Tang, daripada pertanian kepada kediaman.

Ini fakta kes rasuah Guan Eng yang rakyat Pulau Pinang perlu fahami. Samalah macam kes projek terowong, duit kajian lesap entah ke mana, syarikat yang buat terowong pula dapat tanah. Tanah bernilai RM3 billion sudah habis dijual, sedangkan projek terowong belum siap lagi.

Kenapa perlu beri RM19 juta kepada seorang Datuk yang bergambar di rumah dan dalam kereta dengan Guan Eng? Kalau projek terowong tiada masalah, kenapa kena bayar sampai RM22 juta? Kes projek terowong ini pun Guan Eng akan kena dakwa nanti.

Kes rasuah Guan Eng ini bukannya konspirasi. Semasa meluluskan tanah dan minum kopi dengan Phang Li Koon tidak fikir pula soal anak dan keluarga. Kemudian bila kantoi rasuah, mulalah hendak putar belit salahkan pihak lain.

Rakyat Pulau Pinang kena tolak kerajaan DAP di Pulau Pinang. Ini baru dua kes yang didakwa, banyak lagi kes berkaitan penyelewengan DAP di Pulau Pinang. Selamatkan Pulau Pinang daripada parti yang penuh rasuah ini.

Tengok muka Guan Eng masa di mahkamah ini, banyak takut. Lihat video ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1814679448552524&id=697192853634528

Buat kempen Solidariti Sokong Guan Eng pun gagal. 20 orang sahaja yang datang pun. Bukti rakyat Pulau Pinang dah tolak DAP yang kuat dengan skandal rasuah.


Tulisan :
Beruang Biru
BB836, Isnin
26 Mac 2018

Perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng bermula hari ini



Kertas Siasatan Video Guan Eng Belum Lengkap



Polis Pulau Pinang sedang melengkapkan siasatan berhubung satu video, yang didakwa menunjukkan Ketua Menteri Lim Guan Eng menghasut kanak-kanak untuk membenci kerajaan dalam satu program pelancaran kelas tuisyen di Jelutong di sini, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil Lim minggu depan untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Siasatan kes itu masih berjalan dan beberapa pihak telah dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan…beliau (Lim) mungkin akan dipanggil minggu depan (untuk direkodkan keterangan) tetapi ia bergantung kepada siasatan polis.
“Kami akan cuba siapkan kertas siasatan dalam masa terdekat,” kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 peringkat Kontinjen Polis Pulau Pinang, di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia 1998.
Setiausaha Agung DAP itu disiasat polis susulan laporan terhadapnya yang mendakwa beliau mengindoktrinasikan kanak-kanak dengan politik kebencian apabila mengejek Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam parodi lagu ‘A, B, C’.
Klip video berdurasi 32 saat itu menunjukkan Lim menari sambil mengejek GST pada pelancaran pusat tuisyen di Jelutong pada 17 Mac lepas.
Terdahulu, Roslee dalam ucapannya berkata sejak Januari hingga 20 Mac lepas, seramai 2,751 individu ditahan bagi kesalahan narkotik membabitkan hasil sitaan sebanyak RM3.4 juta.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang turut berjaya membongkar tiga makmal memproses heroin, ekstasi dan syabu selain Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang menumpaskan sindiket ‘Love Scam/African’.
Bagi sindiket ‘Love Scam/African’ itu, seramai 17 individu masing-masing 12 lelaki dan seorang wanita warganegara Nigeria, dua lelaki dan seorang wanita India serta seorang wanita Cina ditahan.
“Polis turut merampas pelbagai dokumen, peralatan dan kad ATM daripada 17 individu itu,” katanya. – BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.