BREAKING NEWS

Tuesday, 6 March 2018

5,500 Pegawai Dan Anggota Polis Pulau Pinang Bertugas Pada PRU14

GEORGE TOWN - Seramai 5,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang bagi mengawal keselamatan, melancarkan proses kempen, penamaan calon dan pengundian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata ketika ini semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Pulau Pinang berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi pilihan raya umum itu

Pada latihan itu, turut diadakan simulasi menangani aktiviti rusuhan dalam kalangan penyokong parti bertanding yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya dan ia diadakan di perkarangan Dewan Seri Pinang di sini.

Datuk A. Thaiveegan berkata pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa lokasi panas di negeri itu pada PRU akan datang dan senarai penuh akan disiapkan dalam tempoh seminggu lagi.

Ini merangkumi kawasan panas sedia ada dan kawasan panas baharu yang dikenal pasti.

Mengulas simulasi hari ini, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dan berharap prestasi tersebut dikekalkan pada PRU nanti.

((BERNAMA))
 
Copyright © 2014 PenangKini.