BREAKING NEWS

Tuesday, 6 March 2018

Agong Puji Kepimpinan Najib



Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendapat pujian daripada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V susulan kewangan kerajaan dijangka lebih kukuh berdasarkan kutipan hasil lebih tinggi sejak tahun lalu.
Menurut baginda, walaupun negara berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global namun kerajaan kekal fokus serta komited melaksanakan dasar-dasar transformasi fiskal serta pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara berhemat.
“Pertumbuhan perbelanjaan negara yang sederhana dan defisit fiskal disasarkan terus berkurangan.
“Rizab antarabangsa pula kekal kukuh manakala hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan terkawal.
“Perdagangan luar Malaysia dijangka kekal berdaya tahan selaras dengan aktiviti perdagangan global yang semakin meningkat,” titah baginda pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam ke-13 Sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, pada Isnin.
 
Copyright © 2014 PenangKini.