BREAKING NEWS

Tuesday, 13 March 2018

Apa Guan Eng buat di rumah ahli perniagaan itu? - Datuk Huan Cheng Guan

PULAU PINANG 12 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan sebenar beliau berada di rumah seorang ahli perniagaan yang dikaitkan de­ngan kes rasuah membabitkan projek terowong dasar laut.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, kelibat Guan Eng dengan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu di lokasi yang disifatkan peribadi dan bukannya di majlis rasmi adalah sesuatu yang membimbangkan


Menurut beliau, foto Guan Eng bersama ahli perniagaan itu juga menunjukkan mereka mengenali antara satu sama lain, sekali gus mempersoalkan perkara yang dibincangkan kedua-dua mereka dalam pertemuan tersebut.

“Ini menimbulkan persoalan apa kepentingan ahli perniagaan berkenaan di Pulau Pinang dan adakah beliau mempunyai apa-apa urusan perniagaan di negeri ini?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, sekeping foto Guan Eng bersama ahli perniagaan itu yang dilihat dalam keadaan mesra dan dipercayai di rumah ahli perniagaan berkenaan tular dalam laman sosial sekali gus mencetuskan persoalan ber­ke­naan hubungan sebenar antara kedua-dua mereka.

Ahli perniagaan itu sebelum ini direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa menerima wang berjumlah RM19 juta daripada pemaju projek terowong dasar laut bagi menutup siasatan kes tersebut.

Cheng Guan menambah, Gu­an Eng tidak lagi boleh bersembunyi dan sebagai pe­mimpin utama kerajaan negeri, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kepada penduduk negeri ini.

Sementara itu, Guan Eng da­lam satu kenyataan semalamberkata, sebagai pemimpin ma­syarakat, adalah menjadi lumrah untuk beliau bergambar dengan mana-mana individu dan sukar baginya mengingati setiap foto yang diambil termasuk bersama ahli perniagaan ber­kenaan.

Utusan
 
Copyright © 2014 PenangKini.