BREAKING NEWS

Monday, 12 March 2018

Apa hubungan Guan Eng dengan Gnanaraja?


1. Semalam negara dikejutkan dengan satu gambar yang disebarkan melalui media sosial menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilihat bergambar bersama Datuk Sri  N. Gnanaraja, seorang ahli perniagaan yang ditahan reman oleh pihak SPRM kerana menerima suapan RM 19 juta dari pihak - pihak tertentu untuk "menutup" siasatan terhadap satu skandal projek di Pulau Pinang.
2. Apa yang membimbangkan adalah gambar yang diambil antara Lim Guan Eng dan Datuk Sri  N. Gnanaraja adalah di rumah Datuk Sri  N. Gnanaraja dan bukan di majlis - majlis rasmi. Persoalanya sekarang apa yang Lim Guan Eng buat di rumah Datuk Sri  N. Gnanaraja dan apa yang mereka bincangkan?
3. Gambar ini juga membuktikan bahawa Lim Guan Eng dan Datuk Sri  N. Gnanaraja kenal antara satu sama lain. Ini sekaligus membangkitkan juga persoalan apa kepentingan Datuk Sri  N. Gnanaraja di Pulau Pinang dan adakah Datuk Sri  N. Gnanaraja mempunyai perniagaan di Pulau Pinang yang dibantu oleh Lim Guan Eng?
4. Akibat "kebocoran" gambar ini di media sosial, Lim Guan Eng tidak boleh bersembunyi lagi. Demi kepentigan rakyat Pulau Pinang Lim Guan Eng kena menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan beritahu rakyat Pulau Pinang apa yang beliau buat di rumah Datuk Sri  N. Gnanaraja dan apa yang dibincangkan oleh mereka.
5. Lim Guan Eng sudah tidak mempunyai pilihan dan beliau harus berlaku adil kepada rakyat Pulau Pinang dengan menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Terima Kasih
Datuk Huan Cheng Guan, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia
 
Copyright © 2014 PenangKini.