BREAKING NEWS

Thursday, 1 March 2018

Aramco bakal labur RM27 bilion di Malaysia

KUALA LUMPUR: Syarikat petroleum Arab Saudi, Aramco bersetuju melabur AS$7 bilion (RM27.5 bilion) di Malaysia sebelum 31 Mac ini, kata Datuk Seri Najib Razak malam tadi.

Perdana menteri berkata pelaburan tersebut akan melonjakkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini.

“Pagi tadi saya dapat teks daripada Datuk Seri Rahman Dahlan (menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menyatakan Aramco bersetuju melabur AS$7 bilion di Malaysia sebelum 31 Mac ini,” katanya di majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50.

Najib berkata Rahman dihantar ke Riyadh untuk tutup perbincangan dengan Aramco.

Perdana menteri berkata usaha kerajaan menarik pelaburan langsung asing itu untuk faedah generasi akan datang dalam usaha kerajaan menyediakan asas negara kukuh bagi membolehkan generasi TN50 membawa negara ini ke tahap lebih hebat kelak.
 
Copyright © 2014 PenangKini.