BREAKING NEWS

Monday, 19 March 2018

BN Pulau Pinang komited bantu rakyat


PERMATANG PAUH: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sentiasa fokus membantu rakyat sepanjang masa tanpa mengira latar belakang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata BN dan UMNO meneruskan khidmat kepada rakyat sama ada pada musim pilihan raya atau tidak.
"UMNO dan BN, kita tidak pandai politik tetapi kita pandai khidmat. Kita cuma tahu bantu rakyat. Harap dengan sentuhan yang kita berikan selama ini, rakyat akan berasa lebih dekat dan memberi kepercayaan untuk kita mentadbir (Pulau Pinang)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di Apartmen Permata di sini.
Pada majlis itu, kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan RM1.17 juta bagi menaik taraf, penyelenggaraan dan baik pulih pangsapuri kos rendah berkenaan.- BH
 
Copyright © 2014 PenangKini.