BREAKING NEWS

Thursday, 1 March 2018

Cadangan anak muda dalam TN50 jadi ‘pengikat’ 30 tahun

28 FEB : Segala cadangan anak muda yang dikumpul menerusi Transformasi Nasional 50 (TN50) akan menjadi ‘pengikat’ seluruh rakyat Malaysia pada 30 tahun akan datang.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ini kerana segala cadangan itu mencakupi pelbagai aspek termasuk aspek ekonomi, sosial, keseimbangan pembangunan dan penjagaan alam sekitar serta peraduan rakyat.










“Mungkin TN50 boleh menjadi pengikat bangsa, mungkin TN50 menentukan perjalanan menjadi negara 20 teratas di dunia akan menggembeleng seluruh tenaga rakyat Malaysia akan membawa kita sebagai satu negara satu Malaysia yang berjaya dan menjadi satu negara yang terbaik,” katanya pada acara penyerahan Kanvas Belia TN50 kepada Perdana Menteri oleh Khairy di Kuala Lumpur, Rabu.
Turut hadir selain adalah isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor isteri Khairy Jamaluddin, Nori Abdullah dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Tambah beliau lagi, justeru cadangan itu juga turut akan menjadi sebahagian daripada proses pembangunan dan kemajuan negara menjelang tahun 2050.
“Saya sangat teruja sebab bermula daripada satu idea yang diilhamkan daripada Datuk Seri (Najib Razak) dalam ucapan belanjawan dua tahun yang lepas hari ini TN50 sudah menjadi satu gelombang, satu gagasan yang disebut-sebut di mana sahaja.
“Saya sangat teruja idea anak muda Malaysia mereka buktikan tidak hanya melihat masalah hari ini berpandangan jauh. Mereka buktikan memikirkan big question (persoalan yang besar),” tambahnya.
Secara rumusannya aspirasi TN50 yang dikumpul selepas setahun Khairy menjadi peneraju mendekati golongan belia diakhiri dengan penyerahan Kanvas Belia TN50 yang berlangsung malam ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Kanvas atau laporan TN50 itu menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai enam tema asas iaitu global, saksama, mampan, bersatu, bertanggungjawab dan prihatin.
Kesemua laporan secara keseluruhannya tidak akan diedar dengan bentuk cetakan sebaliknya menerusi atas talian yang mana akan dimuat naik di laman web mytn50.com/kanvasbelia.
 
Copyright © 2014 PenangKini.