BREAKING NEWS

Monday, 12 March 2018

DAP tamak enggan beralah kekalkan semua DUN P.Pinang

11 MAC: DAP memberi isyarat parti itu mahu terus dominan di negeri ini apabila kekal bertanding di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Walaupun menyerahkan ‘tugas’ membuat pengumuman itu kepada Ketua Setiausaha Sekteriat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, namun ia jelas tidak dapat menyembunyikan hakikat DAP tidak menyerahkan walau satu kerusi kepada PKR, PAN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
semua kerusi berkenaan telah dimenangi sejak pilihan raya umum 2008 dan berjaya dikekalkan pada 2013.
Menurut pengumuman itu, PPBM yang merupakan pembangkang ‘termuda’, diberikan tanggungjawab lebih besar berbanding PAN apabila diberikan empat kerusi iaitu Teluk Bahang, Penaga, Permatang Berangan dan Bertam.
Sementara itu, PKR akan bertanding di 14 kerusi manakala PAN akan bertanding di Sungai Dua, Bayan Lepas dan Permatang Pasir.
 
Copyright © 2014 PenangKini.