BREAKING NEWS

Sunday, 11 March 2018

Elaun Anggota & Pegawai RELA Naik


Terima kasih! Sudah tentu pengumuman ini menggembirakan lebih 3.05 juta anggota dan pegawai RELA di seluruh negara.

Kenaikan elaun anggota RELA daripada RM6 kepada RM8 sejam manakala RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ia bagi menghargai jasa dan kesetiaan mereka sebagai benteng kedua keselamatan negara.

Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk pembelian uniform digital pasukan RELA sebagai tambahan kepada peruntukan RM100 juta yang diumumkan sebelum ini.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada Sambutan Ulang Tahun Ke-46 RELA peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Selangor.

Beliau turut membayangkan tambahan peruntukan akan terus diberikan kepada pasukan RELA jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memimpin negara pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.









 
Copyright © 2014 PenangKini.