BREAKING NEWS

Friday, 9 March 2018

#HarapanPalsu Kini Pakatan Mahu Teruskan BR1M - Razlan Rafaii

Bagi diri ini dihormati, prinsip hidup adalah yang paling utama, manusia dipegang pada mulutnya, kerbau pula pada talinya. Ini lah peribahasa yang diguna pakai untuk mengingatkan agar setiap manusia berpegang pada apa yang di lafaskan dari mulutnya kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii.

Menurutnya apabila keluar sahaja janji Pilihanraya, tidak kira parti mana pun, ianya adalah janji Pemimpin kepada Rakyatnya.

Apa yang di rancang, ianya mestilah datang dari kajian yang komprehensif agar harapan yang diberi menjadi nyata apabila tiba masanya.

Mahathir pernah berkata BRIM adalah DEDAK, DAP kata RASUAH, PKR kata BELI UNDI. Itu yang keluar dari mulut mereka sehingga pengikutnya ada yang jijik mahu menerima BRIM dan mencerca golongan yang menerima BRIM ini. Hari ini, mereka menerima formula ini adalah formula terbaik untuk agihan bantuan kepada rakyat  tambahnya lagi.

Beliau mengulas pembentangan Manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan di Shah Alam malam tadi.

Tambahnya lagi perkataan jijik yang keluar dari mulut pemimpin Pembangkang ini menguris hati penerima BRIM, mereka tidak sedar bahawa duit yang diterima oleh rakyat ini boleh digunakan untuk membayar keperluan tahunan dan menampung perbelanjaan pakaian sekolah dan lain-lain.

Bagaimana rakyat mahu berpegang pada MULUT Pembangkang yang sebelum ini menghina golongan rakyat yang menerima BRIM soalnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa hari ini Pakatan tiba-tiba mahu meneruskan pemberian BR1M itu serta adakah mereka ( Pakatan Harapan) sekadar mahu menjaga hati rakyat yang sudah terguris dek penghinaan mereka ?

Rakyat semua perlu menghukum mereka yang sebelum ini menghina kamu, bantuan yang kerajaan pusat cipta iaitu BRIM tidak pernah dalam hati mempegunakan duit untuk membeli undi seperti dakwaan PKR, tidak pernah Kerajaan Pusat Memberi Dedak seperti dakwaan Mahathir dan tidak pernah memberi rasuah seperti dakwaan DAP.

Kerajaan Pusat mencipta BRIM adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan ini adalah formula Agihan Pendapatan Kerajaan kepada rakyat yang terbaik difikirkan.

Apa yang keluar dari mulut pembangkang semalam melalui Janji Pilihanraya mereka berbau bacing, busuknya sampai ke anak tekak.

Mereka sudah menghina dan mencaci penerima BRIM, adakah anda mahu terus dipergunakan demi kepentingan Mahathir?

Janji manusia pada mulutnya katanya
 
Copyright © 2014 PenangKini.