BREAKING NEWS

Friday, 9 March 2018

#HarapanPalsu Manifesto Pakatan Harapan Hanya Janji Manis - Khairy Jamaluddin

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa pembentangan manifesto Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), hanyalah janji-janji manis seperti biasa.

“Apa yang mungkin kita akan dengar malam ini, adalah janji-janji manis tetapi seperti biasa, mereka tidak jelaskan bagaimana mereka dapat ganti, dan menampung kekurangan pendapatan yang datang dari segala janji-janji yang akan mereka umumkan mala mini, termasuklah penangguhan PTPTN dan sebagainya.”

Khairy turut berkata,apabila dikatakan Pakatan Pembangkang akan meneruskan pemberiam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam pembentangan manifesto pakatan pembangkang itu malam ini, beliau menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan kepada kerajaan BN.

“Kita tunggu pelancaran manifesto pakatan dulu tapi berdasarkan pada maklumat yang telah bocor, contohnya dulu pembangkang yang menyifatkan pemberian BR1M sebagai ‘dedak’ tetapi akhirnya diterima juga pembangkang.”

Beliau turut membezakan kerajaan BN dengan pakatan pembangkang, dengan menyatakan bahawa BN telah melaksanakan janji-janji yang dibuat oleh BN yang sebaliknya pula boleh dikatakan buat pembangkang.

“Mereka memberikan janji sahaja tetapi mereka tidak berjaya dan tidak mampu untuk menjelaskan bagaimana mereka nak membayar janji-janji mereka kecuali memberikan kenyataan umum.”

   
 
Copyright © 2014 PenangKini.