BREAKING NEWS

Friday, 9 March 2018

#HarapanPalsu Pakatan Harapan kitar semula manifesto

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan yang ketuai DAP dianggap hanya sekadar janji 'kitar semula' apabila gabungan parti pembangkang itu menampilkan semula tawaran yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.

Tawaran kitar semula yang dilancarkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini itu mengulangi antaranya pemberian pendidikan tinggi percuma, menyediakan satu juta rumah mampu milik serta memansuhkan tol.


Malah, pakatan itu juga membuat pusingan U apabila tidak pula mengumumkan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti mana yang janjikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya, Pakatan Harapan mahu meneruskan pinjaman pendidikan berkenaan dan hanya melanjutkan tempoh bayaran balik para peminjam sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

Selain itu, gabungan pembangkang tersebut turut bersetuju berikan wang tunai kepada rakyat seperti mana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Janji pemberian bantuan kewangan itu bagaimanapun memperlihatkan betapa Pakatan Harapan bersikap lidah bercabang memandangkan sebelum ini menuduh pemberian BR1M sebagai 'dedak' dan 'umpan' untuk meraih undi. - UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.