BREAKING NEWS

Sunday, 18 March 2018

Hasutan Dr Mahathir ‘tak laku’…Tak Ingat Dosa Ker?

Ini bukan cara wajar seorang yang berstatus negarawan.Entahlah…Tun Dr Mahathir Mohamad sudah jadi macam orang tenggelam punca dalam usaha nak lanyak Datuk Seri Najib Tun Razak di arina antarabangsa.

Beberapa hari lalu beliau bikin ramai tertawa bila buat lagi U-Turn nak ‘cuci tangan’ dan salahkan polis mendorongnya bertindak pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan semua orang tahu itu keputusannya atas isu moral.

Kelmarin dalam interbiu dengan saluran berita Australia ABC, Pengerusi pakatan pembangkang itu tanpa segan silu menghasut Perdana Menteri Australia Malcolm Turnball ‘ jauhkan diri’ dari Najib semasa menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di Sydney.

Bekas Perdana Menteri itu cuba meremehkan imej Perdana Menteri dengan mendakwa beliau suka bergambar dengan para pemimpin dunia untuk naikkan imej dan tayang konon diterima baik.

Ada komenter kata gelagat Dr Mahathir ini sudah jadi kebudak-budakan.

Nyata..hasutan beliau tidak laku langsung.

Perdana Menteri tiba di Sydney Jumaat malam untuk menghadiri sidang kemuncak itu yang turut dihadiri oleh semua pimpinan ASEAN.

Pagi Sabtu Turnball mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib.

Pertemuan itu yang berlangsung kira-kira 30 minit, diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Sydney menjelang Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 selama dua hari yang akan bermula pada petang Sabtu.

Antara lain, kedua-dua pemimpin membincangkan isu tentang pertahanan, pendidikan, kerjasama perdagangan dan pelaburan serta kerjasama serantau dalam memerangi keganasan.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya Julie Bishop.

Bukat setakat itu sahaja Perdana Menteri diberi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama pada majlis penutup Persidangan Pencegahan Keganasan pada hari pertama sidang kemuncak itu.

Najib satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput untuk menyampaikan ucapan pada segmen penutup persidangan itu.

Pemimpin lain yang akan berucap pada persidangan itu ialah Turnbull.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 dianjurkan untuk membincangkan hala tuju masa depan dan kerjasama antara ASEAN dan Australia.
 
Copyright © 2014 PenangKini.