BREAKING NEWS

Wednesday, 14 March 2018

Institut Pertanian Korea Utara Cipta Kaedah Perkaya Beras

PYONGYANG -- Institut Beras di bawah Institut Sains Pertanian Korea Utara telah mencipta satu kaedah bagi memperkaya bijirin itu sebagai sebahagian usaha ke arah melaksanakan kerja-kerja pertanian berasaskan saintifik, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Ia dianggap sebagai kaedah hasil tinggi unggul yang mampu menjimatkan biji benih, tenaga buruh, air dan bahan pertanian menerusi langkah pengairan sawah padi secara berkala serta penggunaan baja organik.
Menurut saintis, ia membantu memperkaya akar pokok padi dan menggalakkan pertumbuhannya secara keseluruhan selain memperkuat daya ketahanan terhadap keadaan cuaca yang buruk serta serangga berbahaya.
Kaedah ini telahpun digunakan di kawasan pertanian di Pyongyang, Wilayah Kangwon dan bahagian lain di negara itu, yang menghasilkan lebih 10 tan beras setiap hektar.
-- BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.