BREAKING NEWS

Friday, 2 March 2018

Jualan gudang Apple batal

KUALA LUMPUR 3 Mac. - Jualan gudang Apple Inc. (Apple) yang diadakan di pusat membeli-belah MyTown bermula 10 pagi tadi terpaksa dibatalkan sehingga ahad ini atas faktor keselamatan selepas ribuan pengunjung menyerbu gerai jualan terbabit, hari ini.

Pengumuman itu dibuat pukul 12 tengah hari tadi oleh pihak polis bantuan yang menjaga keselamatan dan lalu lintas sepanjang jualan itu.

Menurut pengumuman itu, orang ramai telah berpusu-pusu ke jualan gudang berkenaan yang menawarkan harga murah, telah menyebabkan kesesakan lalu lintas ke semua arah menuju ke pusat membeli-belah berkenaan sehingga pihak polis terpaksa membuat keputusan sedemikian.

Apple telah mengadakan promosi jualan gudang selama tiga hari bermula hari ini dengan menawarkan harga jauh lebih rendah daripada pasaran antaranya Iphone 5s dan Ipad Mini 2 dengan kedua-duanya berharga RM200 setiap satu.

Malah orang ramai mula berpusu-pusu ke jualan gudang itu dengan lebih 3,000 pengunjung mula membanjiri ke kedai tersebut sejak awal pagi tadi.

Sementara itu, pihak pengurusan premis berkenaan gagal dihubungi bagi memberi sebarang komen susulan tindakan pihak polis mengarahkan jualan gudang itu dibatalkan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.