BREAKING NEWS

Thursday, 1 March 2018

Kehadiran Tun M di Pekan gagal tarik perhatian pengundi


PEKAN: Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamed di Felda Chini di sini pada Rabu, dilihat gagal menarik perhatian masyarakat Pekan.

Program pertama yang melibatkan bekas perdana menteri itu berlangsung di halaman rumah seorang penduduk di Kampung Gumum membabitkan pertemuan dengan masyarakat Orang Asli dan hanya menarik kira-kira 50 penduduk.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seterusnya membuat kemunculan pada Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia di Felda Chini 2 di sini yang bermula pada 8.30 malam dengan jumlah yang hadir dianggarkan hanya sekitar 500 orang.

Ceramah perdana itu turut melibatkan pemimpin parti dalam PH antaranya Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Leong Ngah Ngah (DAP), Ronnie Liu (DAP), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.

Pekan merupakan kawasan parlimen yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Dr Mahathir dalam ucapannya sebelum ini mengakui kunjungannya ke kawasan yang disifatkan kubu kuat UMNO itu bertujuan mengajak rakyat menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

-- BERNAMA

 
Copyright © 2014 PenangKini.