BREAKING NEWS

Sunday, 25 March 2018

Kelentong DAP Tidak Kenal Mangsa

Taktik kelentong dengan menyerang, memfitnah dan mentohmah amatlah berkesan dalam dunia media baharu di mana pembaca lebih senang menerima dan menghadam berita sensasi, emosi mahupun seksi, daripada menerima fakta yang memerlukan pembacaan keseluruhan butiran dan penghadaman fakta.

DAP telah mengamalkan taktik sensasi menyerang selain menggunakan teori Goebbels dalam strategi media baharu dan media sosial dengan begitu berkesan sekali.


Taktik sensasi ini juga telah digunakan dalam kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati sama ada jatuh atau terjun dari bangunan semasa ditahan SPRM pada tahun 2009.

DAP dengan pantas mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kempen, demonstrasi dan publisiti bertemakan Keadilan untuk Beng Hock dengan nada perkauman seorang lelaki berbangsa Cina menjadi mangsa pihak berkuasa.

Gambaran negatif terhadap kerajaan telah disensasikan sebelum dan selepas inkues sehinggalah pilihan raya.

Dua tahun kemudian seorang pegawai kanan kastam, Ahmad Sarbani Mohamad, 56, mati jatuh dari bangunan SPRM di Jalan Cochrane semasa dalam tahanan. DAP tidaklah mengekploitasikan kes ini sepertimana dalam kes Teoh Beng Hock.

DAP tidak berkempen memberi keadilan untuk Ahmad seperti mana dalam kes Teoh Beng Hock kerana sasaran mereka adalah membakar emosi perkauman dan prasangka pengundi Cina terhadap penguat kuasa dan institusi kerajaan.

Strategi menyerang juga menjadi senjata utama DAP yang mempunyai angkatan tentera cyber yang lebih dikenali Red Bean Army yang kuat dan berkubu di Komtar kononnya.

Kalau dahulunya DAP menyerang Tun Dr. Mahathir semasa beliau menjawat kerusi Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.

Kini DAP menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sasaran serangan mereka.

Dulunya DAP melemparkan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Dr. Mahathir sehinggalah beliau terpaksa mengundur diri akibat hilang populariti akibat "luka parah" diserang akibat politik.

Begitu juga nasib MCA yang diserang bertubi-tubi dalam media sosial sebagai pencacai UMNO dan pendokong agenda Melayu tanpa memberi penjelasan tentang dasar dan semangat kebangsaan.

Strategi serangan dari DAP dan Red Bean Army amatlah berkesan sekali. Kalau kita lihat Facebook dan sebagainya, propaganda DAP dan Pakatan Harapan serta maki hamun biadab dan politik toksik DAP amatlah ketara sekali.

Sensasi

Kebanyakan ground soldiers dan keyboard warriors mereka pandai berselindung dengan nama samaran dan gambar Melayu palsu apabila sasaran mereka adalah pembaca Melayu dan sebagainya.

DAP juga menggunakan taktik Goebbels yang gemar "kitar dan putar" fakta selain fitnah dan tohmah secara berulang-ulang untuk mempengaruhi dan meracuni minda dan persepsi umum.

Misalannya DAP bukan berminat sangat untuk mencari fakta sebenar atau mendapat penjelasan dalam isu-isu 1MDB atau GST.

Walaupun penjelasan demi penjelasan dan jawapan diberi secara bersiri, DAP dan Pakatan Harapan tidak berminat mengupas antara yang benar dan yang palsu atau antara fakta dan fitnah.

Sebaliknya mereka bekerjasama dengan media asing untuk mensensasikan berita palsu dan fakta tidak benar.

Inilah sifat keji DAP dan kerenah sebenar Pakatan Harapan yang sanggup menggadai maruah tanpa batasan, semata-mata untuk merampas kuasa dari BN.

Kebelakangan ini DAP sekali lagi bertindak seperti orang hilang akal apabila mereka cuba mengindoktrinasikan kanak-kanak yang masih mentah dan baharu mengenal dunia dengan lagu anti-GST.

Malah Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertindak menari-nari seperti badut menjemput kanak-kanak menyanyi bersama senikata lagu yang memupuk semangat anti-kerajaan selain menghambur kebencian.

Inilah taktik dan usaha terbaru DAP dalam mewujudkan golongan yang membenci kerajaan secara emosional, yang sama sekali tidak mengenal usia dan jantina.

Apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan menghadiri satu program menanam dan memupuk semangat patriotik yang melibatkan peranan UMNO, DAP telah menghina menteri berkenaan dengan pelbagai kata-kata hinaan.

Inilah sikap sebenar DAP, orang lain buat walaupun terang-terang untuk kebaikan malangnya dicaci dan dimaki seolah-olah langsung tidak menyumbang untuk kebaikan.

Walhal tindakan mereka menunjukkan sikap dan dominasi yang tidak membawa apa-apa erti kerana tidak ada yang baik tentang tindakan mengutuk kerajaan mengenai GST melibatkan kanak-kanak.

Apalah yang mereka tahu kerana masih baru dalam mengenal dunia tetapi malangnya DAP tidak mempedulikan hal ini dan cuba menanam kebencian kepada kerajaan walaupun pada usia mereka yang masih mentah.

Ternyata tindakan DAP ini umpama paku dulang paku serpih mengata orang hakikatnya dia yang melebih-lebih.

* Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Pusat MCA.

SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.