BREAKING NEWS

Thursday, 1 March 2018

Kerajaan Bertanggungjawab Sediakan Negara Yang Mempunyai Asas Kukuh - Najib

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinannya bertanggungjawab menyediakan Malaysia yang mempunyai asas kukuh dan boleh melonjak ke kedudukan lebih hebat apabila diserahkan kepada generasi akan datang.

Perdana Menteri berkata pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur antaranya sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT), keretapi berkelajuan tinggi (HSR), projek Taman Tugu Negara dan projek 'River Of Life' telah dimulakan sekarang untuk dimanfaatkan pada masa depan.

"Sebagai pemimpin,apa tanggungjawab kita? Ia adalah dengan menyediakan negara kita (dengan asas yang kukuh) and pass the torch to the next generation (menyerahkan kepimpinan kepada generasi akan datang).

"Apa yang kita bangunkan hari ini, cukup-cukup hebat untuk masa depan kita. Ini adalah tanggungjawab saya untuk menampilkan Malaysia yang kukuh untuk masa depan," katanya.

Najib berkata demikian dalam amanatnya sebelum menerima Kanvas Belia TN50 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, barisan Jemaah Menteri, pemimpin Barisan Nasional, duta-duta TN50 dan pelbagai kumpulan belia dan anak muda.



 
Copyright © 2014 PenangKini.