BREAKING NEWS

Tuesday, 13 March 2018

Kisah Sebenar Tentang Cukai Facebook & Google



Baru tadi ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan tweet Berita Harian mengenai cukai kepada pengiklanan Facebook dan Google.

Bagi penyokong pembangkang, ini satu bola tanggung yang patut disambut. Maka ramailah macai-macai Pakatan yang memberi komen.

Sabar dahulu tuan-tuan. Mari baca apa sebenarnya yang berlaku berkenaan berita tersebut. Klik link dobawah ini..

https://www.thestar.com.my/…/dpm-google-facebook-tax-prop…/…

Kalau faham Bahasa Inggeris, maka fahamlah bahawa bukan Kerajaan yang cadang nak kenakan cukai tu tapi cadangan dari CEO Akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai yang menyatakan bahawa Vietnam telah pun mengenakan cukai tersebut. Maka TPM pun balaslah bahawa cadangan tersebut akan beliau bawa ke Mesyuarat Kabinet.

Yang tiba-tiba engkorang nak salahkan Kerajaan tu apahal? Lain kali selidik la dulu sebelum bedal. Ni baru baca tajuk dah meroyan. Rilek brader...rilek. Cuba tarik nafas panjang-panjang.

Untuk makluman pembaca, cukai yang dikenakan kepada pengiklanan Facebook dan Google bukanlah perkara baharu tetapi ianya telah diamalkan di banyak negara. Untuk rekod, pembangkang di UK sendiri marah dengan Google sebab bayar cukai sedikit sedangkan mereka buat untung dari pengiklanan di UK sangat tinggi. Kepada pembangkang dan para penyokong mereka, lain kali jadi bijak sikit macam pembangkang kat luar negara. Karang cakap bodoh, marah pulak.

Kesimpulannya, bukan korang pengguna Google dan Facebook yang nak kena cukai, tetapi syarikat gergasi yang buat untung ratus juta atas penggunaan rakyat Malaysia. So, chill brader. Ini baru cadangan dari CEO The Star dan Kerajaan sedang mempertimbangkannya.

ASSU
 
Copyright © 2014 PenangKini.