BREAKING NEWS

Tuesday, 20 March 2018

Lapan belas lelaki diberkas di sarang penagihan dadah



Tasek Gelugor: Lapan belas lelaki berusia lingkungan 25-70 tahun diberkas polis di kawasan ladang kelapa sawit yang dijadikan sarang penagihan dadah di Kampung Lembah Raja, di sini, jam 2 petang tadi.

  Dalam serbuan bermula jam 6 pagi itu, polis menerima maklumat awal daripada penduduk setempat sebelum melakukan menahan kesemua mereka yamg sedang khayal dadah.

  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka termasuk beberapa lelaki warga emas itu dikepung sebelum diberkas pihaknya.

  "Kebanyakkan mereka yang ditahan bekerja sebagai buruh, peniaga dan ada yang tidak bekerja.

  "Polis juga berjaya merampas sejumlah 25.9 gram(gm) heroin bernilai RM460," katanya di sini.
  Beliau berkata, pihaknya juga menahan seorang lelaki yang dipercayai 'tokan' dadah dalam serbuan itu.

  Menurutnya, polis sentiasa mengalukan kerjasama dan maklumat orang ramai dalam usaha membanteras penagihan dadah di daerah ini.

  Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39B, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah 1983.

Harian Metro
 
Copyright © 2014 PenangKini.