BREAKING NEWS

Thursday, 22 March 2018

Lebuh Kuantan di China

KUALA LUMPUR 21 Mac – Jalan bernama Lebuh Kuantan di bandar Qinzhou, Guangxi, China dirasmikan hari ini oleh wakil Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Lebuh Kuantan tersebut berada di Taman perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou yang dimiliki 49 peratus oleh Malaysia.

Keluasan CMQIP adalah tiga kali ganda lebih besar dari Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan, Pahang yang dimiliki 51 peratus oleh Malaysia.

Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To dalam catatan Facebooknya membe­ritahu, Lebuh Kuantan tersebut merupakan langkah balas kepada Jalan Qinzhou di Kuantan.

“Langkah itu adalah sebagai penanda semangat program berkembar bandar-bandar Kuantan dan Qinzhou,” kata­nya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa nama bandar Kuantan akan turut tercatat di sebatang jalan di Qinzhou sebagai salah satu cara untuk menarik lebih ramai pelabur dari China.

Inisiatif tersebut sekali gus dapat mempromosikan Kuantan sebagai destinasi pelanco­ngan terkemuka di Malaysia.







 
Copyright © 2014 PenangKini.