BREAKING NEWS

Tuesday, 6 March 2018

Lori Hampir Terjunam Ke Dalam Laut




Sebuah lori hampir terjunam ke dalam laut, selepas kenderaan berat itu terbabas ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.
Pemandu lori berkenaan bernasib baik apabila kenderaannya tersangkut selepas merempuh penghadang jalan.
Menerusi video dirakam netizen di Facebook ,kemalangan berlaku di Kilometer 1, kira-kira 3.30 pagi tadi menyebabkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang.
Kesesakan bertambah teruk ketika pengguna jalan raya berpusu-pusu menggunakan laluan untuk ke tempat kerja .
Pertambahan bilangan kenderaan menyebabkan laluan di Lebuhraya Utara - Selatan hingga Permatang Pauh juga mengalami masalah kesesakan.
Sebahagian laluan terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan lori terbabit menggunakan lori kren dilakukan. Punca kemalangan masih disiasat polis.







 
Copyright © 2014 PenangKini.