BREAKING NEWS

Monday, 12 March 2018

Lori membawa asid nitrik terbabas

12 Mac 2018 - Kemalangan jalanraya (Lori Membawa Bahan Kimia terbabas) di hadapan stesen minyak shell Sungai Lokan, Sungai Dua, Pulau Pinang.

Pegawai operasi, PBK II Zulkhuari bin Abdul Rahman  daripada pasukan HAZMAT BBP Perai berkata, “setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati sebuah lori membawa asid Nitrik (68%) telah tumpah di atas jalanraya.

Tindakan pasukan bomba membuat takungan supaya tumbahan bahan kimia tersebut tidak masuk ke dalam longkang dan seterusnya membuat pembersihan.”

Turut hadir dalam operasi ini adalah TPgB A’Azelan bin Hassan (Ketua Balai, BBP Perai), PKPgB Mohd Khalil bin Abdul Rahim (Ketua Balai, BBP Butterworth), PPgB Syahirul Anwar bin Abdul Azam (Pegawai KOK).

#bombapenang
#cepatdanmesra
#sediamenyelamat
#hazmatperai
 
Copyright © 2014 PenangKini.