BREAKING NEWS

Saturday, 17 March 2018

Mahathir Akan Guna Taktik Kotor Semasa #PRU14 - Tunku Aziz

Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan taktik kotor dengan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Pakatan Harapan diketuai DAP gagal meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mempersoalkan sama ada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mempunyai bukti terhadap dakwaannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan penipuan semata-mata untuk menewaskan Pakatan Harapan.

Katanya, sedangkan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah sebelum ini pernah menjelaskan bahawa isu persempadanan bukan faktor menang atau kalah sesebuah parti sebaliknya keputusan pilihan raya ditentukan oleh pengundi.

“Jadi segala tuduhan Dr. Mahathir langsung tidak berasas dan sengaja menimbulkan kekeliruan padahal parti pimpinannya sendiri tidak mampu untuk meraih kemenangan besar seperti yang dimahukan.

“Beliau sedar yang beliau sudah kesuntukan masa, melihat kepada pengalamannya memanipulasi keputusan pilihan raya, beliau mendakwa kerajaan menggunakan taktik kotor tetapi pada masa yang sama beliau sendiri menggunakan taktik kotor dan menuduh tanpa sebarang bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.