BREAKING NEWS

Wednesday, 7 March 2018

Mahathir Mahu Jadi Perdana Menteri Bermodalkan Isu 1MDB

Untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamadperlu ada alasan.

Satu waktu dulu Mahathir menjadikan alasan Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada Singapura kerana membatalkan projek Jambatan Bengkok.

Walaupun Mahathir menghentam Pak Lah berkenaan isu itu, mereka yang Pro Abdullah pula menyindir, 22 tahun jadi Perdana Menteri takut buat jambatan, takut bergeseran dengan Singapura serta takut terbantut di tengah jalan, jika Singapura tidak setuju pada terma merobohkan tambak Johor, maka Mahathir tunggu orang lain jadi Perdana Menteri untuk melakukannya.

Maka Mahathir pun menyerang Abdullah.

Kemudian Tun M, menjadikan menantu Abdullah sebagai “scapegoat” dengan mengaitkan Khairy Jamaluddin dengan “budak tingkat 4“.

Selain itu perniagaan anak Pak Lah di ganggu dengan menyerang “Scomi“.

Modus operandi sama juga kini di lakukan oleh Tun M terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Najib tidak ada “jerangkung dalam almari” seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka Mahathir terpaksa cipta isu baru berkenaan Najib.

Mungkin ramai juga terlupa, serangan Mahathir kepada Najib bermula dengan kisah “Altantuya”, ini kerana mahu memikat penyokog Anwar, PKR dan DAP yang suka layan isu bodoh itu.

Anwar baru dimasukkan ke penjara, maka Mahathir sambung kisah itu, untuk menarik perhatian penyokong pembangkang.

Ia sama dengan Mahathir menghadiri himpunan Bersih.

Semuanya berlakon sahaja dari Mahathir.

Kemudian setelah bermain dengan kisah “Altantuya” dengan kebodohan Mahfuz “Helo Sirul” nya, barulah karangan berkenaan 1MDB siap untuk dimainkan.

Karangan 1MDB  ”fresh form di oven” yang di olah oleh barua barua Mahathir.

Kisah perniagaan yang disensasikan. Hutang satu kesalahan, beli satu kesalahan, menjual pun salah, beli murah salah, jual murah pun salah.

Begitulah di gambarkan oleh Mahathir.

Sedangkan semua yang di serang itu ada pada punggung Mahathir sendiri di zaman ketiadaan Media Sosial.

Lihat sahaja kisah PROTON berhutang, hendak bayar vendor pun minta sedekah dari wang rakyat.

Salahkah itu? setelah berniaga 30 tahun lebih berniaga kereta PROTON masih tagih wang rakyat untuk membayar vendornya.

RM1.2 billion di beri setelah RM13 billion di beri sebelum ini.

Mana pergi wang jual kereta selama ini? Yang kaya kroni Tun yang mendapat habuan pada setiap kereta PROTON yang siap, walau pun PROTON belum tentu dapat menjual kereta itu.

Ada sesiapa mahu perbodohkan Mahathir berkenaan hal ini?

Syarikat kilang kereta wang rakyat secara senyap menjadi milik kroninya, malah ada yang kata dia lah yang punya sembunyi belakang nama kroni seperti juga dengan yang lain.

Maka, atas sebab mahu menjatuhkan Perdana Menteri, jumpalah Tun M dengan isu 1MDB.

Kisah korporat di bawa ke jalan raya dengan di tambah asam garam untuk secukup rasa.

Maka, pekebun, penoreh, mak cik jual nasi lemak semua percaya dan sangka wang mudah dialihkan untuk di curi.

Siapa yang tidak marah dengan mendengar konon Najib bela Cina gemok yang kaya dengan hasil 1MDB.

Siapa yang tidak berapi dengar kisah pemimpin kaya berjoli sakan dengan wang rakyat?

Persoalannya betulkah?

Pernah ada buktikah?

Pernah lihat sendiri dokumenkah? dokumen hendak mengenakan Najib pun di olah dan di ubah, seperti dokumen Xavier Justo.

Kenapa perlu di ubah? yang tulin tidak dapat memenjarakan Najib kah?

Susah sangat untuk mendapat perintah mahkamah untuk mendedah transaksi wang keluar masuk bank kah?

Rafizi mudah sahaja upah orang intai dan menduakan dokumen, kenapa Mahathir sukar?

Kenapa tidak guna kehebatan untuk buat benda serupa?

Jawapannya mudah, Mahathir tahu ia cuma kisah korporat sama dengan kisah Ananda Krishnan, kroni utamanya yang sudah kaya menyedut harta rakyat Malaysia melalui lesen ASTRO dan MAXIS dan IPP, tetapi tetap rugi dan benkrap, tanpa siapa siapa sabotaj.

PROTON tidak di sabotaj oleh sesiapa pun hampir lingkup di bawah tangan Tun M.

Begitu juga syarikat milik Kroni atau milik sendiri Tun.

Bankrap tanpa di sabotaj.

Namun semua tahu 1MDB di sabotaj oleh Mahathir.

Mahathir mahu menggulingkan Najib dengan isu 1MDB. Dia hanya ada itu sahaja dan bergantung hayat pada isu 1MDB.

Kisah kapal Jho Low di tahan pun ramai pihak tahu kerja siapa di belakangnya mengupah dan menyogok.

Ia sama dengan kisah Loretta Lynch dari DoJ yang di pecat.

Jurucakap Jho Low di laporkan mencabar DoJ segera mendakwa mereka, jangan hanya menahan dan menyita untuk kepentingan pihak lain tetapi tidak mendakwa sehingga hari ini.

Ia kepentingan siapa jika berita berkenaan Jho Low timbul? pembaca fikir sendiri.

Sila lihat siapa buat entri di blog nya dengan kadar segera? sebaik kapal yang kononnya milik Jho Low di tahan.

Mahathir permainkan rakyat dengan tidak berkata benar di kampung kampung.

Tun M bercerita seolah olah wang 1MDB mudah di alih macam wang PETRONAS di zaman Tun menyerah kepada syarikat anak sendiri.

Sedangkan wang “petty cash” yang hendak di tuntut oleh kakitangan syarikat pun melalui banyak kelulusan dan dikepilkan bukti resit.

Begitulah Mahathir, dia amat perlu dengan kisah 1MDB, apa yang ada hanya tambahan cerita dan tambahan soalan, sudah hampir 3 tahun, ia waktu untuk membuktikan, bukan waktu main wayang sogok orang luar untuk buat kerja kotor.

Najib keliling negara bercerita berkenaan pencapaian, Tun keliling negara cerita berkenaan Najib menyamun tetapi sekali pun tidak datang dengan bukti.

Rakyat pun sudah mula tidak hairan dengan kisah 1MDB lagi.

Jho Low bermasalah dengan BVI Aabrar/IPIC, itu bukan hal 1MDB.

Jika 1MDB kemuka ke mahkamah pun akan di tanya “kamu siapa?”

Yang bermasalah orang lain, yang di suruh tangkap Jho Low 1MDB dan Malaysia pula, bodoh apa yang di canang kepada rakyat kita pun tidak tahu.

Usahlah hanya bermodalkan temberang 1MDB Tun mahu ambil alih kerajaan.

Sedangkan pada diri Tun, RM30 billion wang rakyat lesap, Tun hanya menjawap “saya tidak tahu” tetapi hal 1MDB tiba tiba tahu macam macam pula.

Itu kisah tanah Ijok, RM 500 juta lesap di tengah, tahu atau tidak?

Kisah RM300 juta wang terowong, tahu atau buat buat bodoh?

Mungkin pentaksub dan mereka yang sudah berjaya di “goebbels” kan sahaja yang percaya, yang waras akan menolak Tun M.

Mereka tidak mahu di patuk oleh ular yang serupa di lubang yang sama buat kali kedua.

Tidak malukah Tun, bermodalkan kisah 1MDB yang di reka sendiri, mahu ambil alih kuasa negara. – TV14

 
Copyright © 2014 PenangKini.