BREAKING NEWS

Thursday, 22 March 2018

Mukhriz bohong, kata bekas pegawai media


KUALA LUMPUR: Azrin Zizal, bekas pegawai media Datuk Seri Mukhriz Mahathir, membidas kenyataan Mukhriz semalam mengenai nasihat Cambridge Analytica bagi kempen Barisan Nasional Kedah untuk pilihan raya umum 2013 sambil berkata ia pembohongan secara terang-terang.

Menurut Azrin, kenyataan Mukhriz yang mendakwa beliau pegawai medianya sehingga 2013 dan beliau tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi menteri besar Kedah palsu sama sekali.

“Saya bertugas untuk Mukhriz secara peribadi dan memberi nasihat komunikasi dan strategi kepadanya sehingga 2015, termasuk semasa pilihan raya umum 2013, dan selepas itu apabila beliau menjadi menteri besar. Saya akan mengemukakan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.



“Mungkin ketika Mukhriz terus menafikan tugas saya untuknya dan menafikan manfaat diperolehnya daripada nasihat yang saya berikan daripada Cambridge Analytica dan SCL Group bagi Kedah semasa pilihan raya umum 2013, adakah beliau juga menafikan kemenangan dengan menawan Kedah dan menjadi menteri besar?” kata beliau dalam kenyataan malam ini.

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan presiden PPBM menafikan mempunyai sebarang hubungan antara beliau dan Cambridge Analytica serta mendakwa Azrin tidak lagi pegawai medianya apabila beliau menjadi menteri besar Kedah.

“Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta dengan sengaja menyelamatkan dirinya dan tampil bersih, kata Azrin yang sekarang menerajui Kumpulan SCL Asia Tenggara, syarikat induk Cambridge Analytica.

 
Copyright © 2014 PenangKini.