BREAKING NEWS

Wednesday, 28 March 2018

#Parlimen PM Bentang Persempadan Semula



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul persempadan negeri bagi bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri.

Menurutnya kajian semula persempadan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merangkumi Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mempunyai keluasan kira-kira 132,000 kilometer persegi.

Tambahnya, kali terakhir persempadan semula adalah pada tahun 2003, telah digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11); PRU-12 dan PRU-13 pada tahun 2013.

“Kajian semula persempadan pada kali ini dilaksana dengan mengguna pakai daftar pemilih yang diwarta pada 13 Mei 2016 di mana jumlah pemilih berdaftar seramai 11,379,352 orang.

“Jika dibandingkan dengan persempadan terakhir pada 2003 yang mengguna pakai daftar pemilih 27 Disember 2001 bermakna terdapat peningkatan sebanyak 36 peratus atau kira-kira 3 juta orang.

“Notis persempadanan telah disiarkan dalam akhbar tempatan yang mana mengandungi maklumat mengenai pewujudan bagagian-bahagian pilihan raya persekutuan yang baru, pindaan nama bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri yang sedia,” katanya.

Selain itu katanya, notis itu turut menyatakan bilangan pemilih bagi setiap bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri dan senarai tempat pameran syor kajian semula persempadan bagi setiap negeri.

Najib berkata, sepanjang pameran berlangsung SPR telah menerima sebanyak 1,685 representasi dan 600 daripadanya telah diadakan siasatan, selain itu SPR turut menerima sebanyak 546 representasi yang menyatakan ke atas syor SPR.

“Saya ingin tegas bahawa pembahagian bilangan pemilih berdafta yang sama rata bagi setiap bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri adalah sukar untuk dilaksanaka kerana terdapatnya kawasan luar bandar yang topografinya sert demografinya berbeza antara satu sama lain.

“Persempadan ini dapat memberikan kelebihan kepada wakil rakyat untuk meningkatkan kecepakan perkhidmatan selagi gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar bahawa syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak.

“Saya difahamkan bahawa syor yang dicadangkan oleh SPR tidak dipersetujui oleh beberapa pihak termasuk daripada pihak kerajaan dan kerajaan tidak mengganggu mahupun mempengaruhi SPR dalam melaksanakan tugas mereka malah menghormati tugas yang dibuat oleh SPR,” katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.