BREAKING NEWS

Tuesday, 6 March 2018

Pemuda Gerakan tidak gentar saman Guan Eng


PULAU PINANG 6 Mac - Meskipun telah menerima tiga notis undang-undang daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu projek terowong dasar laut dan perjanjian tanah di Peel Avenue, pemangku Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo menegaskan tidak akan berhenti daripada mengkritik dasar-dasar kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

Menurut Jason, setiap isu yang dibangkitkannya disertakan bersama fakta kukuh yang sepatutnya dijawab oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, bukannya cuba menutup mulutnya dengan tindakan undang-undang.

“Saya akan terus bersuara demi kepentingan penduduk Pulau Pinang kerana kebebasan bersuara sangat diperlukan di sini ketika ini memandangkan terlalu banyak kontroversi dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di pejabat Gerakan Pulau Tikus, Jalan Gottlieb, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.