BREAKING NEWS

Sunday, 25 March 2018

Pencapaian Barisan Nasional Dalam Mempertingkatkan Infrastruktur & Tranformasi Luar Bandar #JanjiDitepati

Dalam PRU13, Barisan Nasional menerima mandat daripada rakyat untuk membentuk Kerajaan. Manifesto dan rekod pencapaian adalah asas kejayaan Barisan Nasional . Mempertingkatkan Infrastruktur & Tranformasi Luar Bandar adalah salah satu dasar dan janji kepada rakyat yang telah Barisan Nasional tepati selama ini.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menaik taraf infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi mendorong produktiviti dan ekonomi. Pembangunan infrastruktur juga membuka bidang pertumbuhan baharu yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat.

Bagi manfaat komuniti luar bandar, BN telah membina beribu-ribu kilometer jalan raya, menggali beribu-ribu kilometer untuk memasang paip air, mendirikan beribu-ribu tiang elektrik dan memasang beribu-ribu kilometer talian komunikasi di kawasan pedalaman dan luar bandar.







 
Copyright © 2014 PenangKini.