BREAKING NEWS

Sunday, 25 March 2018

Pencapaian Barisan Nasional Dalam Bidang Pendidikan #JanjiDitepati

Dalam PRU13, Barisan Nasional menerima mandat daripada rakyat untuk membentuk Kerajaan. Manifesto dan rekod pencapaian adalah asas kejayaan Barisan Nasional .Pendidikan adalah salah satu dasar dan janji kepada rakyat yang telah Barisan Nasional tepati selama ini.

Kerajaan Barisan Nasional amat mementingkan pendidikan dan peranannya dalam mengubah taraf hidup masyarakat.

Kita bertuah, hidup di bawah lembayung Negaraku Malaysia, di mana melalui pelbagai dasar yang telah kerajaan laksanakan membolehkan rakyat dari pelbagai latar belakang menambah baik taraf kehidupan keluarga mereka dalam masa hanya satu generasi.

Misalnya, melalui usaha gigih, pendidikan, bantuan serta platform yang telah kerajaan sediakan, seorang anak nelayan mampu berjaya hari ini sebagai seorang doktor, jurutera dan bermacam lagi pekerjaan yang berupaya mengubah taraf kehidupan seluruh keluarganya ke tahap yang lebih baik.

Inilah mobiliti sosial yang kerajaan Barisan Nasional bawa kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sejak sekian lama, dan akan terus kita sediakan dan perjuangkan demi kebaikan semua.








 
Copyright © 2014 PenangKini.