MAS dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku ketika kakitangan syarikat pembekal makanan sedang memasukkan makanan ke dalam pesawat jenis A380 tersebut.

“Lori syarikat berkenaan yang berada berdekatan terlanggar badan pesawat itu.
“Akibat pelanggaran tersebut, penerbangan yang sepatutnya membawa 484 orang penum­pang itu terpaksa ditunda selama dua jam bagi memboleh­kan kerja-kerja membaik pulih badan pesawat dilakukan,” katanya di sini hari ini.
Insiden tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila beberapa keping gambar tersebut tular di media sosial. - UTUSAN ONLINE