BREAKING NEWS

Tuesday, 13 March 2018

Pengarah Filem Lee Chong Wei Penyokong Kuat Demo Bersih



Ramai hairan kenapa Mahathir dan Azmin Ali hadir untuk tonton filem Lee Chong Wei baru baru ini. Nampak bersungguh sangat, khabarnya filem ini ada babak Mahathir lagi. Betulkah?

Kenapa buat begitu? Lee Chong Wei bukan main badminton zaman Mahathir? Rupa rupanya Teng Bee, pengarah filem itu sebenarnya adalah penyokong demo Bersih.

Ketika Bersih 4 pada Ogos 2015, Teng Bee ini berkempen lagi ajak rakyat Malaysia berkumpul sarapan pagi dan ambil baju Bersih. Teng Bee cakap Malaysia harus dibersihkan dari pegawai yang korup.

Teng Bee siap tukar profile Facebook lagi kepada warna kuning, warna demo Bersih. Kemudian dalam satu posting di Facebook pada 31 Ogos 2015, Teng Bee mengucapkan selamat berjaya untuk peserta demo Bersih dari Taiwan.



Bukan itu sahaja, dalam Bersih 5 yang turut disertai Mahathir pada November 2016, Teng Bee membuat posting lagi pada jam 23.01, 19 November 2016 dengan mengatakan "although there is a complex emotion in the country, patriotsm is not a colour, i see a brave colour" dengan gambar demo Bersih 5 di depan KLCC dipaparkan.

Teng Bee anggap patriotisme (sayang negara) bukanlah warna dan warna kuning (baju Bersih 5) adalah warna yang berani? Teng Bee buat posting tersebut dari Shenzhen, Guangdong China.

Teng Bee ini sekarang buat filem Lee Chong Wei, khabarnya ada babak Mahathir dalam filem itu sama. Mungkin Rosyam Noor dan Lee Chong Wei sendiri tidak mengetahui Teng Bee ini adalah penyokong Bersih.

Seorang penyokong demo Bersih. Penyokong demo jalanan untuk jatuhkan negara mahu bercakap soal patriotisme?

SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.