BREAKING NEWS

Friday, 9 March 2018

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Gesa Polis Siasat Tuduhan Guan Eng


Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini  membuat laporan polis menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng disiasat kerana menuduh UMNO menerima habuan daripada pemaju projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya. Laporan dibuat terhadap kenyataan  Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berdasarkan kepada  ucapan beliau ketika membuat sidang akhbar pada 28 feb 2018 yang telah dimuatnaik kedalam facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang.

Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Nordin berkata tuduhan itu terbukti tidak benar, maka Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap dakwaan palsu itu.

"Mengapa tiap kali macam ini. UMNO dapat habuan. UMNO dapat untung. DAP yang tak dapat apa yang kena".

Kenyataan beliau serius menuduh pemimpin UMNO menerima rasuah, pemuda UMNO menggesa pihak polis menyiasat dakwaan kenyataan berkenaan yang jelas sama sekali mempunyai  unsur menghasut.

Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang merasakan kenyataan mengatakan UMNO dapat habuan itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan mengancam kententeraman awam,

Selain daripada itu beliau juga menyebut nama seorang Ahli Parlimen terlibat dalam kes tersebut

Beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menuduh SPRM mengamalkan sikap pilih kasih. Antara lain beliau menggunakan ayat " ....why is there a double standard .... again why is there a double standard..."

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang juga merasakan bahawa kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap SPRM boleh menyebabkan salah anggapan di mata rakyat, bahawa SPRM bukan merupakan satu badan bebas dan siasatan yang dijalankan SPRM berkenaan dengan Skandal Projek Terowong Pulau Pinang adalah bermotifkan politik.

Pemuda UMNO juga mendesak siasatan segera dijalankan di bawah undang-undang sedia ada berkenaan dengan kenyataan YAB Ketua Menteri yang telah membuat tuduhan secara melulu serta tidak bertanggungjawab dan merasakan mempunyai unsur menghasut yang boleh mengecam ketenteteraman awam.

Pemuda UMNO Negeri juga menantikan jawapan balas dari Lim Guan Eng terhadap kenyataan tuduhan beliau terhadap UMNO & SPRM dengan segera 

09.03.2018
Ibu Pejabat Polis Jalan Patani, Pulau Pinang








 
Copyright © 2014 PenangKini.