BREAKING NEWS

Wednesday, 28 March 2018

Pinda nama 12 kawasan Parlimen, 28 DUN

KUALA LUMPUR 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama ke atas 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pindaan nama itu melibatkan lima kawasan Parlimen di Selangor diikuti Johor (2), Perak (2) serta masing-masing satu kawasan Parlimen di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.


Menurut beliau, bagi kawasan DUN pula, ia membabitkan sembilan kawasan di Selangor diikuti Johor (8), Melaka (3), Perak (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Kedah (1), dan Terengganu (1).    

“Dalam hal ini, SPR mengesyorkan bahawa tiada perubahan ke atas bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. – UTUSAN ONLINE

KEDAH
P009 – Alor Setar (Alor Star)
PERAK
P075 – Bagan Datuk (Bagan Datok)
P076 – Teluk Intan (Telok Intan)

SELANGOR
P102 – Bangi (Serdang)
P104 – Subang (Kelana Jaya)
P105 – Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan)
P106 – Damansara (Petaling Jaya Utara)
P107 – Sungai Buloh (Subang)

NEGRI SEMBILAN
P132 – Port Dickson (Telok Kemang)

MELAKA
P137 – Hang Tuah Jaya (Bukit Katil)

JOHOR
P162 – Iskandar Puteri (Gelang Patah)
P167 – Tanjung Piai (Tanjong Piai)

State Assembly seats (the current name of the seat in brackets):

KEDAH
N.12 Suka Menanti (Bakar Bata)

KELANTAN
N.16 Apam Putra (Bukit Tuku)
N.21 Pantai Irama (Perupok)

TERENGGANU
N.10 Buluh Gading (Teluk Pasu)

PERAK
N.13 Kuala Sepetang (Kuala Sapetang)
N.38 Astaka (Sitiawan)

SELANGOR
N.16 Sungai Tua (Batu Caves)
N.21. Pandan Indah (Chempaka)
N.26 Sungai Ramal (Bangi)
N.36 Bandar Utama (Damansara Utama)
N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang)
N.48 Sentosa (Kota Alam Shah)
N.49 Sungai Kandis (Seri Andalas)
N.50 Kota Kemuning (Sri Muda)
N.52 Banting (Teluk Datuk)

NEGRI SEMBILAN
N.24 Seremban Jaya (Senawang)
N.33 Sri Tanjung (Port Dickson)

MELAKA
N.08 Machap Jaya (Machap)
N.15 Pengkalan Batu (Bachang)
N.17 Bukit Katil (Bukit Baru)

JOHOR
N.07 Bukit Kepong (Bukit Serampang)
N.08 Bukit Pasir (Jorak)
N.13 Simpang Jeram (Sungai Abong)
N.39 Tanjung Surat (Tanjong Surat)
N.44 Larkin (Tanjong Puteri)
N.46 Perling (Pengkalan Rinting)
N.49 Kota Iskandar (Nusa Jaya)
N.55 Pekan Nanas (Pekan Nenas)



 
Copyright © 2014 PenangKini.