BREAKING NEWS

Thursday, 29 March 2018

PNB umum agihan pendapatan tiga dana ASNB

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi tiga dana amanah untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit.


"Amanah Saham Malaysia (ASM) mencatatkan agihan pendapatan 6.25 sen seunit.

"Manakala dana Amanah Saham Gemilang (Pendidikan) pula merekodkan agihan pendapatan 4.80 sen seunit, Amanah Saham Gemilang (Kesihatan) 5.20 sen seunit dan Amanah Saham Gemilang (Persaraan) 5.15 sen seunit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan Laporan Tahunan 2017 PNB dan majlis pengumuman tiga dana ASNB di sini hari ini. - K! ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.