BREAKING NEWS

Tuesday, 20 March 2018

Sallehen Dakwa Exco PAS Dimalukan


20 MAC: Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendakwa exco parti itu di dalam kerajaan Selangor dimalukan pada sambutan PH meraikan sambutan 10 tahun mentadbir negeri di Stadium Melaawati 18 Mac lalu.

Katanya, semua exco diberikan ruang dan peluang untuk bercakap tentang kejayaan-kejayaan yang lalu sampai hari ini, kecuali exco-exco daripada PAS.

“Sedangkan dia minta peruntukan kelulusan kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang exco kita dimalukan dalam program itu,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kemaman.

Untuk rekod PAS sudah tidak menjalin kerjasama dengan mana-maana parti dalam HARAPAN yang kini menerajui kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, pihak Istana mengekalkan wakil PAS kekal memegang jawatan exco kerajaan negeri.

Mereka adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus serta Zaidy Abdul Talib.

Pada malam sambutan di Stadium Melawati itu juga PAS menganjurkan program sendiri iaitu majlis solat hajat, munajat dan syarahan perdana.

Hubungan PAS selepas meninggalkan Pakatan Rakyat terus tegang apabila Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali didakwa menafikan hak Adun PAS mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.-BNBBC
 
Copyright © 2014 PenangKini.