BREAKING NEWS

Wednesday, 21 March 2018

Polis tumpas sindiket dadah di Pulau Pinang

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan (dua dari kiri) menunjukkan barang proses pembuatan dadah bersama dadah jenis Heroin, Syabu dan Pil Ekstasi yang dirampas bernilai RM1.63 juta semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Georgetown. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal





Polis tumpas sindiket dadah di Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar syabu dan pil ekstasi bernilai  RM1.63 juta selepas menahan empat lelaki di pangsapuri Greenlane Height di sini Isnin lalu.

Dalam serbuan tersebut, sepasukan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri turut membongkar sebuah makmal  dadah di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 55 tahun itu dipercayai menjadikan kediaman mereka sebagai tempat memproses dadah sejak enam bulan lalu.

“Antara yang dirampas adalah 590 biji pil ekstasi, 144 gram (g) dadah jenis heroin, 128g dadah jenis syabu, 52.65 liter cecair dadah jenis syabu, 1.26 kilogram pelbagai serbuk yang disyaki dadah serta peralatan memproses dadah.

“Siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan akan direman sehingga 26 Mac ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di sini sebentar tadi .







 
Copyright © 2014 PenangKini.