BREAKING NEWS

Tuesday, 6 March 2018

Skandal Terowong, Banjir Dan Rumah Mampu Milik Bakal Jadi Igauan Buruk Buat Dap Pada PRU 14


KUALA LUMPUR, 6 Mac – Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim berkata, tiga isu utama iaitu isu rumah mampu milik, banjir dan skandal rasuah terowong dasar laut akan menjadi igauan buruk buat Dap di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.
Jelas beliau, sepanjang dua penggal Dap mentadbir Pulau Pinang, hanya janji bulan dan bintang ditabur tetapi manfaat untuk rakyat tiada.
Malah tambahnya lebih mendukacitakan, slogan Dap iaitu CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) hanya satu hiasan di atas kertas kerana kepincangan parti itu khususnya dalam isu rasuah terus terbongkar satu demi satu.
“Bercakap isu rumah mampu milik, di Pulau Pinang memang rakyat sudah tahu kebanyakannya adalah rumah mampu tengok, yang naik mencanak sampai ke langit. Lenguh tengkuk hendak tengok.
“Tanah yang sepatutnya dibuat rumah rakyat di Taman Manggis contohnya telah dibuat projek komersial. Kampung-kampung orang Melayu pula habis dijadikan rumah mampu tengok. Inilah yang rakyat Pulau Pinang dapat selama dua penggal kerajaan Dap memerintah Pulau Pinang, rakyat boleh tengok sahaja rumah tetapi tidak boleh hendak merasa rumah tersebut.
“Hanya Ketua Menteri seorang yang boleh merasa duduk rumah banglo yang dibeli dengan harga ‘mampu milik’ dan di bawah pasaran,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Azrinizam, sudahlah rumah mampu milik tidak dapat, rakyat pula dihidangkan dengan banjir kilat beratus kali dek akibat daripada penarahan bukit tanpa kawalan.
“Duit tebatan banjir dah disalur kerajaan pusat pimpinan BN tetapi sayangnya masalah banjir tidak pernah selesai juga.
“Bukan itu sahaja, tanah di negeri itu pula habis digadai entah kepada siapa, hasilnya pula tidak tahu ke mana.
“Begitu juga dengan projek terowong dasar laut, boleh pula diberi kepada syarikat fesyen dan duit kajian sampai berjuta juta hilang entah ke mana. Projek tidak berjalan tetapi duit yang berjuta juta itu entah ke mana,” bidas beliau.
Justeru ujar beliau, jika beginilah cara Dap mentadbir Pulau Pinang, maka adalah lebih baik rakyat membuat keputusan bijak dengan menukar kerajaan negeri kerana walaupun BN tidak menjadi kerajaan negeri sekarang ini tetapi kerajaan pusat telah membina13,278 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang.
“Bayangkan sekiranya BN kembali menjadi peneraju di negeri ini. Sudah pasti yang mendapat untung adalah rakyat negeri ini sendiri,” tegas Azrinizam
 
Copyright © 2014 PenangKini.