BREAKING NEWS

Wednesday, 21 March 2018

Swafoto Dengan Gnanaraja: Putar Belit Guan Eng Perlihatkan Kebodohan Diri Sendiri – Datuk Huan Cheng Guan


PULAU PINANG, 21 Mac – Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memaparkan gambar-gambar individu yang tidak berkaitan dalam isu skandal terowong bawah laut sebagai tindak balas apabila gambarnya bersama individu yang didakwa berhubung isu rasuah RM19 juta, Datuk Seri Gnanaraja tular di media sosial, hanya memperlihatkan kebodohan Guan Eng dalam usaha putar belitnya dalam isu tersebut, demikian menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.
Menurut beliau, apa yang penting dalam isu ini ialah Guan Eng perlu menjawab persoalan apakah beliau mengenali individu tersebut atau pun tidak, memandangkan individu terbabit terlibat dalam isu wang RM19 juta untuk digunakan untuk membayar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menghentikan siasatan terhadap skandal terowong bawah laut itu.
“Bagi saya, nampak sangat Guan Eng terdesak apabila dia memaparkan gambar-gambar individu yang tidak berkenaan seperti bersama pemimpin BN, dan Datuk Seri Wong Chun Wai dari The Star yang langsung tidak ada kena-mengena dalam isu skandal terowong bawah laut itu.
“Tindakan Guan Eng itu seolah-olah menghina kebijaksanaan akal rakyat di negara ini. Mungkin Guan Eng ingat rakyat Malaysia begitu bodoh sehingga tidak tahu mana gambar yang dalam keadaan sulit seperti di rumah dan di dalam kereta bersama Datuk Seri Gnanaraja itu.
“Gambar Guan Eng bersama Datuk Seri Gnanaraja itu membuktikan bahawa Guan Eng mengenali  lelaki tersebut yang mana menyanggah kenyataannya sebelum ini kononnya beliau tidak kenal siapa itu Dato Seri Gnanaraja.
“Apa yang lebih menarik lagi apabila gambar tersebut dikatakan diambil beberapa hari selepas Dato Seri Ghanarajah menerima wang RM 19 juta yang dikatakan sebagai wang untuk kautim dengan SPRM, bagi menghentikan siasatan badan tersebut terhadap skandal terowong tersebut,” ujarnya 
Kata beliau lagi, tidak ada gunanya Guan Eng terus ‘bertaichi’ untuk menafikan beliau mengenali Dato Seri Ghanaraja itu, sebaliknya Ketua Menteri itu perlulah bersikap Accountable dan Transparent jika beliau benar-benar tidak ada apa apa yang harus disembunyikan dalam hal ini.
“Kita lihat Guan Eng kini dah desperate dan menggelabah ekoran tersebarnya gambar tersebut di media sosial sehinggakan beliau membuat sidang akhbar semata-mata untuk memaparkan gambar-gambar individu lain yang tidak berkenaan, dengan alasan kononnya bukan hanya beliau sahaja yang bergambar dengan Datuk Seri tersebut.
“Jika beliau tidak terlibat dalam apa-apa urusan dengan lelaki bergelar Datuk itu, apa yang beliau mahu takutkan sehingga menuduh kononnya ini adalah fitnah dan tohmahan politik BN terhadap belia. Sedangkan gambar-gambar yang tersebar itu jelas beliau bukan sekadar kenal, tetapi kemungkinan mempunyai hubungan rapat dengan lelaki tersebut.
“Jadi bagi saya, cukup-cukuplah Guan Eng untuk memutar belitkan cerita dan fakta dan menuduh BN pula sebagai dalang untuk memerangkapnya. Apa pun alasan dan putar belit yang Guan Eng berikan, ia tidak boleh menghilang imejnya yang semakin tercalar dengan isu rasuah serta tidak mampu untuk melenyapkan kemusykilan dan tanda tanya rakyat dalam isu ini,” ujarnya
 
Copyright © 2014 PenangKini.