BREAKING NEWS

Thursday, 22 March 2018

Taici Guan Eng tuding Tengku Adnan tak relevan


Seperti dijangka, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan berdolak-dalik apabila ditanya tentang kontroversi nyanyian lagu membenci cukai barang dan perkhidmatan (GST) di pusat tuisyen di Pulau Pinang baru-baru ini.

‘Jurus taici’ beliau ini sudah boleh dijangka melihat kepada rekod beliau menjawab isu-isu kontroversi yang lain sebelum ini, contohnya kontroversi terowong bawah tanah.

Bagi Guan Eng mudah sahaja, apabila diserang, beliau tuding jari pada orang lain. Kalau dahulu Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, kali ini Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula yang menjadi mangsa.

Mengulas perkara tersebut, tokoh budaya, Dr. Lim Swee Tin berkata, Guan Eng tidak perlu memberikan seribu satu alasan, beliau hanya perlu menunjukkan bukti sekiranya tidak bersalah dan jika benar bersalah, mengaku dan minta maaf sahaja.

“Buktikanlah jika beliau tidak bersalah, tak perlu libatkan orang lain dalam hal ini.

“Rakyat Malaysia terbuka untuk menerima penjelasan beliau,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Swee Tin turut menjelaskan terdapat perbezaan besar antara apa yang dilakukan oleh Guan Eng dengan Tengku Adnan yang menganjurkan sebuah program melibatkan nyanyian lagu UMNO di sebuah sekolah di Putrajaya, tahun lalu.

Menurutnya, program yang dianjurkan bersifat penghargaan terhadap sejarah perjuangan UMNO dan Parti Perikatan sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

“Tiada siapa yang boleh menafikan sumbangan Parti Perikatan dan UMNO dalam sejarah pembangunan negara. Cuma kebetulan yang hadir dalam program tersebut adalah seorang pemimpin UMNO.

“Berbeza dengan yang dilakukan oleh Guan Eng, ia boleh melencongkan pemikiran anak-anak. Beliau meletakkan kepentingan peribadi dan politik melebihi kepentingan nasional. Bagi saya, perkara ini sangat dikesalkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.