BREAKING NEWS

Friday, 23 March 2018

The Malaysian Insight Tutup Kedai

Portal berita The Malaysian Insight (TMI) akan menggantung operasi bermula minggu depan, setahun selepas penubuhannya.

Ketua pengarang dan ketua pegawai eksekutif TMI Jahabar Sadiq berkata trafik laman yang rendah alasan di sebalik keputusan itu, dan menambah portal itu perlu mengkaji semula arah tuju, operasi berita dan daya maju komersialnya.

“Keputusan untuk menggantung penerbitan buat sementara waktu sangat sukar diambil tetapi terpaksa dilakukan kerana persekitaran kewangan yang mencabar yang dihadapi The Malaysian Insight dan media lain,” katanya, dan mengucapkan terima kasih kepada pembaca dan kakitangan yang bekerja disitu sejak 31 Mac tahun lepas.

Jahabar juga merupakan editor dan ketua pegawai eksekutif The Malaysian Insider, yang ditutup pemiliknya, Kumpulan Media The Edge, pada Mac 2016 atas “sebab-sebab komersial”.
 
Copyright © 2014 PenangKini.