BREAKING NEWS

Tuesday, 6 March 2018

TN50 Bukan Masa Tambahan Wawasan 2020 – Khairy Jamaluddin


KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menolak dakwaan bahawa Transformasi Nasional 2050 (TN50) diwujudkan sebagai ‘masa tambahan’ bagi Wawasan 2020.

Sebaliknya kata Khairy, TN50 yang diumum semasa pembentangan Bajet 2017, adalah satu perancangan jangka masa panjang bagi mengisi kelompongan Wawasan 2020, dengan sasaran yang lebih objektif.

Katanya, berdasarkan semakannya, Wawasan 2020 mempunyai sembilan aspirasi, dan hanya satu sasaran iaitu menjadikan Malaysia, sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi yang mempunyai sasaran jelas.

“Saya yakin menjelang dua tahun lagi mengikut tafsiran Bank Dunia, Malaysia akan jadi negara maju, negara berpendapatan tinggi di bawah pengurusan kerajaan Barisan Nasional.

“Cuma dari segi cabaran lain, ia adalah work in progress (sedang diusahakan), sebagai contoh Malaysia akan jadi negara yang bersatu padu, bagaimana nak letakkan sasaran untuk lihat kita adalah negara yang benar-benar bersatu, ini adalah work in progress,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar) mengenai kesinambungan Dasar Ekonomi Baharu, Wawasan 2020 dan TN50. -BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.