BREAKING NEWS

Thursday, 1 March 2018

Tun M Sudah Hilang ‘Bisa’, Mukhriz Ulang Skrip Sama


TERNYATA Pakatan Harapan yang diketuai DAP masih belum berupaya untuk menarik kepercayaan rakyat terutama sekali menjelang Pilihan Raya Umum ke – 14 ini (PRU14) apatah lagi mereka seringkali menggunakan isu lapuk seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi mempengaruhi rakyat.

Perkara demikian dapat dibuktikan dengan laporan media tempatan melaporkan, Program Sambutan Tahun Baharu Cina itu yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tangga Batu, Melaka dihadiri Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam, turut mengulangi skrip yang sama.

Turut dilaporkan, dalam program yang dihadiri kira-kira 300 orang penduduk itu, antara inti pati ucapan yang disampaikan hampir kesemua pemimpin pakatan itu tidak lain tidak bukan dakwaan kononnya rakyat tertindas dengan sistem GST yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selain tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat.

Tindakan pemimpin pakatan itu mengulangi isu-isu lapuk selain merayu sokongan pengundi memilih mereka menunjukkan gabungan parti itu seolah-olah ketandusan idea untuk berdepan dengan BN pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Sementara itu, media tempatan juga melaporkan dua program diatur Pakatan Harapan (PH) Pahang di kawasan FELDA Chini 2, juga dilihat gagal memberi impak kepada sokongan warga peneroka terhadap Barisan Nasional (BN).

Walaupun menampilkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sambutan diterima daripada penduduk tidak seperti dijangka atau diharapkan.

Difahamkan, kehadiran Dr Mahathir dan Siti Hasmah juga seolah-olah kurang mendapat perhatian penduduk kampung berkenaan apabila hanya kira-kira 50 penduduk yang datang daripada lebih 500 penduduk yang menetap di perkampungan terbabit.

Ucapan disampaikan Dr Mahathir hampir 20 minit juga seperti kehilangan daya tarikan apabila ada antara penduduk dilihat seperti tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba disampaikan Pengerusi PH itu.



Justeru itu, apa yang dapat disimpulkan berkenaan dua insiden ini adalah rakyat sudah semakin muak dengan karenah politik pembangkang yang sudah hilang ‘bisanya’ malah bosan dengan skrip yang kerapkali diulang oleh pemimpin - pemimpinnya dalam setiap ceramah yang dianjurkan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.