BREAKING NEWS

Friday, 23 March 2018

Ucapan Perdana Menteri mengenai Kerajaan Komited Bantu Golongan Wanita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Kaum wanita merupakan antara penyumbang utama dan kunci kekuatan sosioekonomi negara, dan Kerajaan sentiasa berhasrat untuk memperkasa kaum wanita agar berjaya membina keluarga dan karier.

Terdapat banyak bantuan yang Kerajaan sediakan untuk golongan ibu tunggal, seperti Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan, dan Skim Bantuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal RISDA.

Segala inisiatif ini diperkenalkan untuk meningkatkan kuasa beli kaum wanita.

Untuk perkembangan karier pula, Kerajaan menggalakkan kaum wanita menceburi bidang keusahawanan melalui program seperti BizWanita-i, Inkubator Keusahawanan Wanita, DanaNITA dan Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal.



Bukan itu sahaja, Kerajaan juga turut membantu wanita Bumiputera agar dapat berjaya dalam bidang keusahawanan seperti Program Siswazah Perantis PUNB dan Skim Pembiayaan Program TemanNita.

Bagi wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan pertanian pula, Program Pembangunan Usahawan Siswazah FAMA, dan Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah juga disediakan.

Selain itu, Kerajaan juga membantu kaum wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah lama berhenti melalui Program Women Career Comeback kerana kita sedar kepentingan wanita dalam industri-industri ekonomi.

Kerajaan berhasrat agar kaum wanita dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan terus berjaya dalam karier mereka, terutama bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 ini.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Copyright © 2014 PenangKini.